Nasi Beriani, Ayam Msk Merah, Daging Masak Hitam & Acar Mentah

By LiNa_Pg - Sunday, April 11, 2010

Salam,
Nasi Beriani & kawan2 ni menu lunch merangkap dinner untuk hari ni.  Buat banyak gak ni memandangkan 2 orang adik haku sampai jap2 lagi...Dah lama gak xwat nasi beriani ni. Ada yang blom makan lagi ke? Meh la masih ada lagi...
Nasi Beriani makan ngan Ayam Masak Merah (cam berjanji lak ngan dyg sama menu), daging masak hitam n acar mentah...
Atas permintaan ramai, sy merajinkan diri menghapdet resepi nasi beraini ni. Sebenonya malas noo..nak menaip. Tapi xpe la..pelan2 kayuh huhuhu..Resepi nasi beriani ni diberi oleh kawan baik saya Che Nom, dah menjadi peberet keluarga saya n family hubby.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
  • Air (sama ngan sukatan beras )
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik 
  • Ayam ( ikut suka byk mana tp yg kat gambo xboh ayam)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkiykan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.
 
Ayam Masak Merah...
Daging Masak Hitam
Acar Mentah.....

Kalau ada kawan2 yang blom makan, sila la bawa pinggan masing2.... layan diri ya..tuan umah xlarat dah ni....





  • Share:

You Might Also Like

0 comments