Puding Laici Dangdut

By LiNa_Pg - Friday, October 08, 2010

Salam . . .
Dah malam baru sempat nak menjengok umah maya ni...puding laici ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga..mmg dah banyak kali sangat wat..tapi tak snap pic jer..kali ni terajin sket tangkap gambo walaupun siaran ulangan. resepi ni memang cukup femes di alam maya ni.Resepi ni amek kat umah Tq ya kak ummi atas resepinya:

 Enak dinikmati....sejuk jer tekak...
Sumber : kak ummie
Bahan:-  
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula (LiNa Pg kurangkn siket gula)
  • 2 tin laici (asingkan air dan buah)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama gula hingga gula hancur
  2. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  3. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  4. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  5. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
     Sedap dan sangat senang disediakan..

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. mesti sedap. tp nape lak dangdut?

    ReplyDelete
  2. ainzuryn> mmg sedap zuryn,nape dangdut?hehehe puding jenis sgt lembut cam taufufa gitu..klau boh dlm mangkuk,bila meja gerak2 puding ni bleh goyang2 ala2 dangdut gitew..

    ReplyDelete