Tuesday, February 25, 2014

Resepi Nasi Daging Berempah

Assalamualaikum...
Menu Nasi Daging ni amat popular di utara Tanah Air.Selalu Nasi Daging digandingkan dengan air asam dan juga sup.Ada jugak yg makan dengan air asam jer sebab dalam nasi tu dah ada lauk.Hurmm daya ni orang Penang celup jadi Nasi Daging Berempah ni saya makan dengan Daging Palembang.Memang sangat2 sedap.Pastu buat sedikit salad timun dan tomato ceri.Kalau buat acar mentah, anak2 tak makan lak.Bila buat salad timun dan tomato letak dressing salad ni laju lak depa ceduk.Apa2 lah anak2 ooi...Paling best sekali bila dak Maisarah makan bertambah2.Ooo..nasi ni kena ngan selera dia.Kalau buat Nasi Beriani tu tak berapa makan lak..
Kalau makan camni pun dah sedap..cukup rasa..lauk pun ada kat dalam ni..
RESEPI NASI DAGING BEREMPAH
By : LiNa Pg
Bahan - Bahan A (Nasi)
  • 5 cawan beras basmati 
  • 6 cawan air rebusan daging
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb mentega
  • 1 paket rempah sup serbuk (jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 kiub ayam
  • Rempah 4 beradik.
  • Kismis, gajus, daun pudina
Bahan-Bahan B (Air rebusan daging)
  • 300g daging pejal (potong nipis)
  • 1 sup bunjut
  • 2 helai daun bay (kalau tadak pun xpe)
  • Rempah 4 beradik
  • 1 labu bawang besar (potong 4)
  • 6 cawan air
  • 1 kiun ayam
  • Minyak
Cara-Cara ( Air Rebusan)
  1. Panas sedikit minyak, tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan daging, kacau sebentar hingga daging kecut.
  3. Tambah air, kemudian masukkan daun bay dan juga kiub ayam.
  4. Masak hingga daging empuk.(Tambah air jika perlu)
Cara-Cara (Nasi Daging)
  1. Cairkan butter dalam periuk, tumis rempah 4 beradik dan juga bawang besar yg dicincang halus.Tumis hingga naik bau
  2. Masukkan pes rempah sup, tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging yg telah direbus empuk.Gaul sebentar ke dalam rempah.
  3. Masukkan beras basmati, gaul sebati dengan rempah masak sekejap hingga beras nampak putih (al dente).
  4. Tambah air rebusan daging (6cawan) kalau tak cukup air rebusan tambah dengan air panas jer.
  5. Masukkan susu cair, daun pandan simpul dan juga kiub ayam, masukkan sedikit kismis dan juga gajus (simpan sket untuk hiasan).Kacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak tp jangan terlalu kacau nasi akan patah.
  6. Bila nasi kering, kecilkan api.Masak nasi seperti biasa.Bila nasi masak, tutup api.
  7. Gembur2kan nasi menggunakan garfu.Taburkan daun pudina, kismis dan gajus
 LiNa Pg guna beras ni untuk masak nasi daging
Nasi dah masak..cantik jer langsung tak patah.LiNa Pg guna dapur gas jer.

9 comments:

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum Lina aduh lapar bila nampk nasi daging berempah ni

Sue Bee said... Balas

kagum jugak la SB dengan awak pasal masak nasik guna dapur gas..fuyooo!!!..

LiNa_Pg said... Balas

@Umie Jazz
wslm UJ..simple2 jer nasi ni

LiNa_Pg said... Balas

@Sue Bee
Masak guna dapur gas, cepat sket SB heheee

Bbwana adienia said... Balas

memang cantik nasi tu kak..em, nampak sedap..kak lina memang hebat buat pelbagai masakan..^_^

serikandi hanum said... Balas

wahhhh...menariknya nasik tu...nmpk cantik....sy mmg suka makan nasik daging ni...boleh la cuba resepi ni nnt....

wawalicious said... Balas

@LiNa_Pg akak nak tanya, rempah 4 beradik tu apa ?

LiNa_Pg said... Balas

@wawalicious
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga

che wan nurul said... Balas

Salam...akk..nk tnya biasa nasi daging mkn dgn kuah ape ye?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...