Thursday, February 13, 2014

Resepi Kek Pelangi Sempena Anniversary

Assalamualaikum...
Ualngtahun Perkahwinan kali ni saya telah merajinkan diri membaking kek pelangi.Azab jugak la nak siapkan 6lapisan kek tu.Seb baik oben saya boleh bayang 2 loyang 9in sekaligus.Kalau bakar satu persatu adoyai..mau saya tertidur depan oben huhuuu..Walaupun pelbagai kejadian belakang tabir telah berlaku semasa pembikinan kek ni tapi hasilnya agak boleh tahan.Paling tak tahan ialah kaler pelangiku seumpama 'Pelangi Petang di musim kemarau' huhuuuu.Kaler tak berapa nak ceria lak...terutama pepel dan oren..Dah la kaler ijo kehabisan stok.hurmmm tak jadi la kaler epalngi macam kat sekolah tu yea..ni kira kek warna warna la hahaaaa..Takpa la janji ada kaler maler..Kek ni saya gandingkan dengan Cream Cheese Frosting.Bila makan dah jadi macam RVC la pulak..hurmmm enak tak terkata.
Agak lama juga saya study mengenai resepi kek rainbow ni, kebanyakan menggunakan resepi yg sama iaitu mengguna 5biji putih telur.Adeh abes yg kuning nk wat apa lak.Jadi saya olah sket guna suma sekali telur tu.Hasilnya sangat memberangsangkan.Kalau berminat bolehlah mencuba
Inilah hasil post mortem kek anniversary kami.Our life so kalerful hahaaa
RESEPI KEK PELANGI@RAINBOW CAKE
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan Kek

  • 3 cawan Tepung Naik Sendiri (SRF)
  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 1 Ketul Butter (250g) - suhu bilik
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 6 pewarna pilihan
Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 180'C.Griskan loyang dengan butter, alas dengan kertas serap minyak kemudian ketepikan.
  2. Ayak tepung naik sendiri.Ketepikan
  3. Pukul butter  dan gula sampai kembang & putih. 
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang
  5. Masuk esen vanila.
  6. Masukkan tepung yg telah diayak tadi selang seli dengan susu segar/cair.Mula dengan tepung, susu dan akhir sekali tepung.Adun sebati
  7. Bahagikan kepada 6 bahagian.Letak pewarna kegemaran.
  8. Tuangkan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 9in hasil agak nipis sket)tp still kelihatan cantik
  9. Bakar selama hingga masak.LiNa Pg bakar selama 20min.Buat hingga habes 6 loyang.
  10. Setelah siap, sejukkan sebentar sebelum prose melapis
Rainbow kek sebelum bedah siasat



Bahan-bahan
  • 250g butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125g krimwell 
  • 1 cawan gula icing
Cara-cara
  1. Pukul butter/shortening dengan krimwell hingga kembang.
  2. Ayak gula aising, masukkan ke dlm adunan, pukul lg hingga kembang dan putih. 
  3. Masukkan pewarna
TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa. 

Bahan-Bahan:
300-500 fresh cream

Cara-Cara:
Pukul hingga kaku, lepa ke atas kek

3) CREAM CHEESE FROSTING

A) RESEPI 1 CREAM CHEESE (Paling sedap)
Bahan-bahan 
250g cream cheese (pd suhu bilik)
250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 tsp asen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


B) RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

RESEPI 3
500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing

Cara:
Putar hingga sebati

11 comments:

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

nampak cantik juga bahagian dalam kek tu kak walaupun kaler hijau tiada..okey apa..yang penting rasa kek sedap kan..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
wslm wana,
Kira ok gak la kan..walaupun ijo tadak...betul tu yg penting rasanya memang sedap

Mek Onie said... Balas

yummehhhhhhhhh,harus try harus try,hihi

LiNa_Pg said... Balas

@Mek Onie
Cubelah insyaaAllah sedap

cheq da said... Balas

Wah nmpk sgt menyelera..nti nk cuba resepi ni plak..jimat telur..

Sue @ Nenie said... Balas

Salam Kak...He he he apa plak pelangi petang dimusim kemarau...musim bunga lah kak....Dah kaler-kalerpul ni mestilah ceria...Mesti sedap ni...Heppy Aniversary...Moga berbahagia sehingga ke akhir hayat...

syapex said... Balas

musim kemarau pn ada pelangi ke akak...?
hehehee...
copy dlu resepi, nti nk cuba jgk...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

happy anniversary buat Lina & suami...
cun sgt warna2 pilihan tu... ceria jer..

Baby Ebby said... Balas

kenapa tak boleh copy paste maklumat dalam blok cik?

Baby Ebby said... Balas

macam sedap je kek tu cik....nanti aku cba resepinya ye...

Datin Sitie said... Balas

Nampak sedap dan menyelerakan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...