Cara Buat Biskut Samperit Klasik Gebu Dan Cair Dalam Mulut Tips Biskut Tidak kembang/Bunga Tidak Jatuh
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, tak lama lagi Deepavali akan tiba, sudah tentu rakan-rakan yang menyambut perayaan tersebut akan membuat persiapan menyediakan pelbagai juadah enak untuk keluarga dan sahabat handai.Biskut semperit atau Dahlia sangat digemari oleh hampir semua masyarakat Malaysia tak kiralah bangsa apa sekali pun.Kitakan 1 Malaysia, makanan menyatu padukan semua.
Saya pernah diajukan pertanyaan apa beza biskut semperit dengan biskut dahlia?Kalau biskut semperit klasik dan biskut dahlia, kedua-dua biskut ini adalah sama dari segi bahannya, yang membezakan kedua biskut ini ialah rupa/bentuknya.Iaitu biskut Dahlia berbentuk kelopak bunga Dahlia, manakala biskut semperit pula bentuk panjang-panjang dan beralun di bahagian atas.Acuan yang sama digunakan untuk membuat tart nanas.Dari segi tektur pula biskut semperit klasik adalah gebu, ringan dan cair dalam mulut.Kalau biskut dahlia moden yang menggunakan tepung beras, tekturnya sedikit berbeza kerana tepung beras menjadikan biskut lebih rangup dan bukan jenis cair dalam mulut.
Bagi yang tercari-cari idea biskut untuk perayaan Deepavali, boleh cuba biskut semperit ini, resepi sangat mudah dan tidak menggunakan mixer.Cuma gaul menggunakan spatula sahaja.Saya juga berkongsi beberapa tips supaya bunga/bentuk biskut semperit tidak kembang/ tidak jatuh.Doh juga lembut dan mudah untuk ditekan.
Beberapa tips untuk mendapatkan hasil biskut yang anti gagal ialah
- Selepas siap mengadun, rehatkan doh dalam bekas tertutup.Tujuan supaya minyak dari marjerin/butter akan keluar dan menjadikan doh lembut dan mudah untuk ditekan/dibentuk.
- Selepas biskut siap dibentuk rehatkan dalam loyang secara terdedah (tak perlu tutup) saya panggil proses 'angin'kan supaya biskut akan kekal bentuk selepas dibakar.
- Bakar biskut menggunakan api atas dan bawah supaya biskut masak dengan sekata.Jika menggunakan api bawah sahaja, bahagian tapak akan hangus tetapi bahagian atas belum masak dengan sempurna.
- Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, masukkan vivo golden butteri dan masukkan gula aising.Gaul menggunakan spatula sekadar bercampur sahaja.Tak perlu hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla.Gaulkan.
- Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
- Tutup adunan dengan plastik wrap dan rehatkan selama lebih kurang 10min.
- Sediakan loyang/tray, alas dengan baking paper dan sapu sedikit butter.
- Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan semperit, lina pg menggunakan acuan bulu mata.
- Terap doh memanjang dan ulang proses hingga habis.Apabila siap dibentuk, biarkan selama 20min (jangan bakar terus)supaya bentuk semperit tidak jatuh/kembang.
- Bakar biskut pada suhu 160'c selama 25min (hingga masak) menggunakan api atas dan bawah.
- Untuk pastikan biskut telah masak, sentuk sedikit bahagian atas, jika sudah keras itu bermakna biskut telah masak.
- Biarkan biskut sejuk sedikit, barulah alihkan ke redai penyejuk.Setelah biskut betul-betul sejuk, bolehlah disimpan dalam balang kedap udara.
- Tonton video tutorial, klik butang PLAY paparan berikut
2 comments
Assalam..
ReplyDeletePuan kalau nak buat sempeeit coklat berapa gram serbuk koko diperlukan?
Tq
Share
ReplyDelete