Resepi Kuih Jongkong Emas Mudah Dan Sedap | kuih warisan yang semakin dilupakan
Assalamualaikum...
Pernah makan kuih jongkong?Tak kisahlah kuih jongkong emas atau jongkong perak.Kuih jongkong ni memang sangat sedap.Anak saya yang sangat cerewet tu (sapa lagi kalau bukan budak Maisarah) pun suka makan kuih ni.Berbungkus-bungkus jugaklah dia makan.Terkejut jugaklah sebab dia memang picky eater.Mula-mula ingatkan dia makan sekadar 'ambil hati mama' je biasalah budak-budak bila mak suruh makan dia makan setakat yang diberi pada dia.Kali ini siap minta lagi.Sampaikan saya cakap simpan juga untuk abah.Jadi dia simpan 2 bungkus untuk abah dia..yang lain dia makan.
Kuih jongkong emas ni tak susah mana pun membuatnya cuma kena bungkus sebiji-sebiji.Jadi saya ni agak malas siket kalau kerja bungkus-bungkus gini, kalau kuih yang masak dalam loyang sedebuk gitu okey la...Jadinya saya buat siket sahaja.Lepas tu menyesal pulak sebab tak cukup.Tak apalah keeper recipe dah ada, nanti lain kali boleh buat lagi.
Kuih jongkong sepanjang pengetahuan saya ada 2 jenis iaitu kuih jongkong perak dan jongkong emas.Kalau kuih jongkong perak ianya menggunakan gula putih (gula pasir) dan ada dadih (santan) yang dituang ke atas adunan hijau.Manakala kuih jongkong emas pulak menggunakan gula melaka/gula nisan sebagai pemanis dan ada yang 2 lapisan iaitu hijau dan putih.Ada setengah tempat ada juga lapisan santan dituang ke atas kuih.Mungkin resepi berbeza mengikut negeri atau daerah tertentu.Kalau di Borneo (Sabah/Sarawak) ada kuih yang seakan sama tapi tak serupa iaitu kuih bongkol / kuih bongko ianya menggunakan gula apong sebagai pemanis dan ada pulak lapisan kastad yang dituang ke atas kuih.Lapisan kastad pun berbeza juga mengikut negeri.Kuih Bongko ini saya kurang pasti sebab tak pernah makan.Mungkin kawan-kawan yang tinggal di Borneo yang bagi pencerahan di ruangan komen bolehlah sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan.
- Sediakan periuk, satukan semua bahan A (kecuali daun pandan) kacau sebati hingga tiadak ketulan.Setelah semua sebati, masukkan daun pandan, dan buka api kecil dan kacau hingga adunan menjadi pekat dan bahagian hujung whisk kelihatan bertanduk (refer video di Youtube).Kemudian tutup api.
- Satukan semua bahan B ke dalam mangku kecil dan campurkan supaya semua gula sebati.
- Sediakan daun pisang, agak-agaklah ya saiz tu, lebar sedikit dari tapak tangan.
- Letakkan campuran gula (bahan B) di bahagian bawah dan letakkan adunan A (Adunan tepung) ke atas campuran gula.Kemudian bungkus dengan kemas.Cara membungkus kuih jongkong sama seperti bungkus tapai pulut.Kemudian semat atau pinned dengan pencungkil gigi atau lidi.Kalau ada lebihan daun pisang, bolehlah gunting bahagian hujung supaya nampak lebih kemas.Ulang proses membungkus hingga selesai.
- Kukus selama 15-20min menggunakan api sederhana.
- Setelah kuih masaka, biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang.Boleh juga kalau nak makan panas-panas tetapi kena hati-hati sebab gula masih panas kang melecur pulak dan lagi satu kalau kuih masih panas tektur kuih masih lembek dan rupanya agak sememeh.Jadi nak makan kena bersabar sedikit barulah rupa parasnya menarik bila kuih telah set/sejuk.
- Untuk video tutorial sila tonton di YouTube Malina Lina Pg.Selamat Mencuba
0 comments