Kerepek Jejari Ketam Rangup Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, April 04, 2024

 Assalamualaikum...

Hai semua tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari lebaran.Tahun ini kami merayakan Aidilfitri secara sederhana sahaja.Biskut raya pun tak buat rasa tak buat, oven yang selalu guna tu meragam siket, oven back up ada tapi malas nak eksperimen sebab belum tahu karenah oven tu sebab jarang sangat guna.Jadi untuk kudapan raya, saya cuma buat yang mudah-mudah sahaja menggunakan kaedah goreng.Hurmm kalau sebut kerepek, maruku mesti ramai yang suka kan?sebab tak jemu dimakan dan tak muak dan memang ralit mengunyah sambil berborak dengan tetamu atau ahli keluarga.

Plan asal nak buat muruku, acuan pun dah beli tapi nampak gaya acuan maruku tu jadi tukun tersadai kat dalam kabinet la gayanya.Walaupun plan asal nak buat muruku tak kesampaian, kita buat sesuatu yang lain sepupu sepapat maruku juga iaitu kerepek jejari ketam.Resepi kerepek jejari ketam ni pernah viral suatu ketika dahulu, rasanya saya pernah post dalam blog tetapi tak ingat tahun bila.Gigih search tadi rupanya saya buat pada tahun 2013 dah lebih 11 tahun rupanya.Kerepek jejari ketam yang terbaru ni saya ada sediakan video di YouTube Malina Lina Pg dan baru sahaja post kelmarin (3hb April 2024)Kiranya nak habaq ni resepi fresh haha.Biasanya kalau yang post dalam blog TMK ni resepi yang dah berbulan dalam folder.Bagi sesiapa yang belum ada idea nak kudapan apa untuk raya nanti, bolehlah cuba resepi crabstick chip ni mudah sahaja cara membuatnya cuma memerlukan kerajinan untuk siat-siat jejari ketam.Jangan risau di YouTube saya ada kongsikan tips cara cepat untuk siat jejari ketam.Sangat menjimatkan masa dan sangat praktikel.

Kerepek jejari ketam ini saya tak salut dengan serbuk cheese, sebab saya sukakan rasa asli jejari ketam tu.Bagi mereka yang sukakan rasa lemak-lemak boleh salut dengan serbuk cheese atau serbuk telur masin.Ini sekadar cadangan sahaja.Macam kita buat popia cheese tuuu.Dah siap goreng tabut serbuk cheese atau serbuk telur masin gaul sebati.Siap la dia.

Sekali pandang macam kerepek pagoda atau kerepek gunting pulak

Resepi Kerepek Jejari Ketam
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (Tiada sukatan khusus)
Jejari ketam secukupnya
Tepung goreng ayam
Daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Siat/carik/potong jejari ketam mengikut kreativiti.Kalau nak guna teknik lina pg potong/siat jejari ketam, refer video di YouTube Malina Lina Pg.
  2. Masukkan ke dalam bekas/tupperware tabur sedikit tepung goreng ayam untuk menyalut jejari ketam.Salutan mestilah nipis sahaja.Kalau terlalu tebal akan bertepung dan menyebabkan hasil goreng tidak cantik dan minyak goreng akan menjadi keruh.
  3. Goreng secara berperingkat sedikit demi sedikit, jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.Setelah gorengan nampak hampir golden brown, masukkan daun kari.Sambung goreng garing dan nampak golden brown.Setelah garing angkat dan toskan.PENTING! Goreng menggunakan api sederhana sahaja untuk elakkan gorengan hangus dan warna tidak sekata.
  4. Biarkan kerepek jejari ketam sejuk sepenuhnya, barulah simpan dalam bekas kedap udara.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments