Nasi Goreng Ikan Bilis Versi Ekspress

By LiNa_Pg - Sunday, March 31, 2024

 Assalamualaikum...

Hai semua..pejam celik pejam celik dah masuk 20 hari kita berpuasa.Tak lama lagi raya bakal menjelang tiba.Semakin penghujung puasa, makin kurang berselera dan semakin ketandusan idea.Kalau di rumah saya, bila tidak ada idea menu bersahur, maka nasi gorenglah jadi penyelamat.Nasi goreng apabila makan panas-panas habis jugaklah sepinggan walaupun tidak bertambah tapi sudah cukup mengenyangkan.

Hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng ikan bilis versi ekspress, kita guna perencah ready made sahaja.Tuang kacau-kacau dah siap, sangat menjimatkan masa dan sedap pulak tu.Hari ini memang resepi fresh ya...tapi bukan sehari dua puasa ni tapi di awal puasa.

Masih banyak lagi resepi kuih muih dan lauk pauk yang belum sempat saya upload, kita tengok kesesuain masa resepi mana yang boleh proceed dulu.

Nasi goreng ikan bilis ini saya cuma guna perencah seri aji, tak sangka jugaklah rupanya memang sedap dan kena dengan selera saya.Selalunya kalau nasi goreng, saya akan masak dari scratch la , sekali sekala kita guna jugaklah yang short cut.Benda senang ada, buat apa nak susah kan?Jom kita semak resepi nasi goreng ikan bilis

simple mudah dan sedap
Nasi Goreng Ikan Bilis
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1/2 cawan ikan bilis (cuci bersih dan toskan)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 tangkau cili kering (potong anggaran 2cm)
1 ketul dada ayam (dadu)
2 biji telur
4 cawan nasi
1 paket Seri-Aji perencah nasi goreng ikan bilis 26g
Hirisan kacang panjang (sayuran pilihan)
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis bawang puti, cili kering dan dada ayam hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan telur dan biarkan telur beku,set sedikit kemudian gaul bersama bahan tumisan.
  4. Masukkan nasi, perencah nasi goreng ikan bilis seri-aji dan hirisan kacang panjang.Gaul sebati.Siap untuk dinikmati.
Note:
Resepi ini tidak memerlukan garam atau sebarang perasan tambahan

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. waahhhhh sedapnyaaaa nasi goreng ikan bilis! boleh masuk menu list juga ni hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedapnyer
    Hari ni kami berbuka nasi goreng kambing

    ReplyDelete