Udang Telur Masin Berkeju

By LiNa_Pg - Friday, March 29, 2024

 Assalamualaikum...

Bersiaran di hari Jumaat, hari ini anak-anak cuti sekolah (cuti peristiwa sempena Nuzul Al-quran) jadi mama ambil kesempatan untuk update blog.Kalau hari persekolahan agak kelam kabut juga menjadi ibu supir sampai 2 trip.Walaupun jarak tak jauh sangat tapi penat juga sebab cuaca panas ni kan?

Bagaimana ibu-ibu semua dah ada idea ke nak masak apa untuk berbuka nanti?Kalau belum ada, boleh cuba Udang Telur Masin Berkeju ni memang lemak berkrim bertingket-tingket gitu haha.Udang Telur Masin yang biasa pun sudah berlemak tembah pulak ada cheese lagilah berlemak.Sekali sekala kita tukar selera.Jangan makan selalu lemak-lemak gini.Kalau masak udang atau ketam telur masin selalunya saya guna kaedah short cut jer guna serbuk telur masin yang jual di pasaraya atau kedai runcit je.Sekarang ni tak beli telur masin dah.Harga telur masin pun mak aih boleh tahan mahal, dah la kita nak guna bahagian kuning jer, bahagian putih tak guna sangat.Membazir je kan?baik beli yang serbuk je tahan lama, guna sesikit je.

Rupa paras udang telur masin comot-comot je, dah berlemoih gitu.Tapi kan yang berlemoih ginilah bila gaul dengan nasi panas boleh bertambah-tambah nasi.

Udang Telur Masin Berkeju
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10 ekor udang
1 sb tepung goreng ayam

Bahan Lain
5 ulas bawang putih (cincang)
5 biji cili padi (cincang)
2 tangkai daun kari
3 sb serbuk telur masin
1 sb mentega
1/2 cawan susu cair (boleh lebihkan)
2-3 keping slice cheese
sedikit serbuk pati ayam (atau garam jika perlu)
minyak

Cara-Cara
  1. Udang dibersihkan dan gaul bersama tepung goreng ayam.
  2. Panaskan minyak goreng udang hingga masak.Goreng sekejap sahaja jangan over cook nanti udang akan keras/liat.Angkat dan ketepikan sebentar.
  3. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit sahaja untuk menumis, kemudian masukkan mentega/butter biarkan mentega cair.
  4. Tumis bawang putih hingga agak garing, kemudian masukkan cili padi tumis sekejap, seterusnya masukkan daun kari, tumis hingga terbit aroma.
  5. Masukkan serbuk telur masin dan gaul sebentar hingga nampak berbuih.Masukkan susu cair dan slice cheese, kacau sebentar hingga cheese mencair.
  6. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng, gaul rata.Masukkan sedikit serbuk pati ayam (jika kurang masin).Dah Siap!Tutup api.Selamat Mencuba.Video tutorial boleh tonton di YouTube Malina Lina Pg.Klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang cuaca sekarang lain macam sangat kan Lina. Saya pun hendak cepat-cepat sampai rumah, bersiram dari hujung rambut sampai hujung kaki!
    Cukup dah ni satu lauk jer makan dengan nasi putih. Sedap sangat!

    ReplyDelete