Nasi Goreng Simple dan Sedap Ala-Ala Nasi Goreng Tuanku Permaisuri

By LiNa_Pg - Thursday, March 28, 2024

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, asyik tenggelam timbul je puan blog TMK ni, azam bukan main lagi nak rajin update blog tapi tu la asyik tertangguh jer.Okey hari ini saya nak share satu resepi nasi goreng yang sangat mudah, cepat dan sangat sesuai untuk bersahur.Dah pertengahan ramadan ni selera makan semakin berkurangan kan?Kalau yang heavy tu dah berapa nak selera.Walaupun resepi nasi goreng ni dah lama saya buat semasa (tahun lepas lagi haha) biasalah asyik tertangguh nak update kat dapur maya nan satu ini.Sempena bulan puasa, kira sesuai jugak la kalau selit resepi nasi goreng yang mudah-mudah.Bahan-bahan tu boleh tukar atau olah mengikut bahan yang ada kat dapur masing-masing.

Walaupun simple sahaja tapi insyaaAllah sedap dan berselera makan untuk sahur atau sarapan pagi

Nasi Goreng Simple
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
3 cawan nasi (sejuk)
2 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
3 biji cili padi (ketuk)
1 ketul dada ayam (dadu kecil)
3 pcs jejari ketam (potong)
1 sb sos ikan
1 sb kicap cair
2 biji telur
Sayur sawi
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga garing.Kemudian masukkan isi ayam dan jejari ketam.Tumis sekejap hingga ayam masak.
  2. Masukkan sos ikan, kicap cair gaul sebentar bersama tumisan.Tolak ke tepi sedikit bahan tumisan (bagi ruangan untuk telur)pecah telur dan biarkan telur set sedikit kemudian gaul bersama bahan lain.
  3. Masukkan nasi dan sayur sawi.Gaul rata.Akhir sekali perasakan dengan mushroom seasoning atau kiub ikan bilis.Taburkan serbuk lada sulah.Gaul rata dah siap!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments