Yong Tau Fu Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Saturday, March 30, 2024

 Assalamualaikum...

Apabila tiba bulan ramadan, yong taufu memang menjadi pilihan anak-anak sebagai salah satu juadah berbuka puasa.Kalau bukan bulan puasa tak adalah pulak mereka ni minta yong taufu, kalau sebelum ini memang setiap kali ramadan, kami akan ke bazar ramadan dan anak-anak akan pilih hidangan yong tau fu yang mereka suka.Pilih punya pilih masuk raga terpancar kegembiraan di wajah masing-masing.Nampak macam sedikit sahaja yang dipilih bila siap dicelur, potong-potong masuk plastik mak aih harga bukan main lagi.Itu cerita 4-5 tahun lepas.Sejak kebelakangan ini rasanya sejak PKP la kot, boleh dikatakan kami tidak lagi berkunjung ke bazar ramadan.Bukan apa kadang-kadang terlalu banyak menu pusing punya pusing, tawaf 2-3x round dah tapi tak tahu nak beli apa.

Memang agak lama juga tidak makan yong tau fu ni, bila ada suara-suara sumbang yang request nak makan yong taufu mama pun buatlah siket sekadar buat ngaso-ngaso hilangkan kempunan.Rupanya senang sangat nak buat yong ta fu, bahan pun tak banyak dan bahan yang memang sentiasa ada di rumah.Yang tak ada cuma kangkung je la.Sebab kami sangat jarang makan sayur kangkung.Jadi apabila ke 'merket' kata orang Penang haha (pasar basah) husband belikan seikat kangkung.Semua bahan lain dah ada terus On projek Yong Tau fu.

Yong TauFu ini memang menu fresh punya bukan versi basi atau resepi tahun lepas dalam folder ya..betul-betul baru buat dan baru post je di IG hari Rabu lepas hehe.


Resepi Yong Tau Foo / Yong Taufu Simple Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Kuah)
3 sb cili kisar
3 sb gula merah (atau secukupnya)
1 sb petis udang (boleh gantikan dengan sedikit belacan)
2 sb sos tiram
1 sb kicap lemak manis
300 ml air
1 sk kicap pekat (untuk cantikkan warna)
Garam
1 sk cuka (tips supaya kuah tahan lama)
2 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak

Bahan B (Sup)
1 paket EB steamboat 5in1 
1 kiub ayam
Air secukupnya (untuk sup)

Bahan Lain
1 ikat kangkung

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak tumis cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan gula merah, petis udang, sos tiram dan kicap lemak manis, tumis sekejap.
  3. Kemudian masukkan air, dan biarkan hingga mendidih
  4. Masukkan kicap pekat, garam dan cuka.Seimbangkan rasa, kuah yong tau foo kena ada rasa pedas, manis yang seimbang.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.Reneh sebentar hingga kuah pekat.Tutup api.Kuah Yong Tau Fu dah siap!
  6. Jom buat sup, masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kiub ayam.Biarkan kuah mendidih.
  7. Masukkan bahan steamboat kegemaran masing.Celur sekejap kemudian angkat dan toskan.
  8. Kemudian celur kangkung, celur sekejap sahaja.Angkat dan toskan.
  9. Car menghidang letakkan bahan steamboat tadi ke dalam pinggan/masukkan letakkan sayur kangkung dan tuang kuah yang dibuat tadi.Yong Tau Foo sedia dinikmati.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Minggu lepas pun saya berbuka dengan yong tau foo tapi versi sup.

    ReplyDelete