Ayam Goreng Ketumbar

By LiNa_Pg - Thursday, March 07, 2024

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran...masih belum ada idea untuk masak lauk lunch?Apa kata cuba buat ayam goreng ketumbar atau ayam masak ketumbar.Resepi ayam goreng ketumbar ini saya inspirasikan dari resepi daging goreng ketumbar cuma tukar haiwan sahaja.Alhamdulillah memang sedap makan dengan nasi panas-panas.Resepi pun mudah sahaja dan sangat cepat disediakan.

ayam goreng ketumbar ini sesuai juga dijadikan juadah berbuka puasa atau bersahur.Tak pedas dan mesra kanak-kanak.

Resepi Ayam Goreng Ketumbar
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
8-10 ketul ayam (perasakan dengan garam kunyit)
2 sb biji ketumbar (sangai/sangrai)
Sedikit lada hitam
1 cm kunyit
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
Sedikit manis
Hirisan bawang besar
Cili merah,cili hijau, cili padi dan daun ketumbar (hiasan)
Minyak
Air

Cara-Cara
  1. Sangai/sangrai ketumbar biji hingga naik aroma.Masukkan ke dalam lesung dan tumbuk kasar.
  2. Asingkan separuh ketumbar yang ditumbuk tadi, tinggal sebahagian lagi dalam lesung, kemudian tumbuk bersama lada hitam, kunyit, bawang merah dan bawang putih.Ketepikan dahulu
  3. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak, kemudian angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak lebihan, tinggal sekadar untuk menumis.kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis.kacau sebentar, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng bersama dengan biji ketumbar (yang diasingkan tadi).Gaul sebati.Boleh tambah sedikit air (jika perlu).
  6. Kacau sebati hingga nampak ayam bersalut dengan bahan tumisan.Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi.Kacau sebentar hingga bawang layu.Tutup api, tabur daun ketumbar untuk hiasan.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments