Assalamualaikum...
Pernah makan ayam masala tak?Ayam Masala rasa agak berempah dan sedap kalau makan bersama nasi berperisa, jadi sesuai kalau nak masukkan ke dalam list juadah raya nanti.Saya buat resepi dah agak lama untuk konten Deepavali hahaa.Biasalah tunggu Q nak masuk blog memang lama.Ayam Masala saya makan dengan nasi putih sahaja.
Bahan-bahan untuk masak ayam masala nampak agak panjang, tapi sebenarnya bahan basic sahaja.Cuma mungkin satu bahan yang bukan dalam simpanan dapur kita iaitu garam masala yang lain-lain tu bahan biasa je.Kalau nak skip garam masala rasa jadi lain tak?Saya pernah buat tanpa menggunakan garam masala, rasa tidaklah jauh beza cuma aromanya agak kurang.Orang kata kurang authentik la sebab ada bahan yang kita skip.Nasihat saya kalau first time nak mencuba beli dulu semua bahan,barulah mula masak.Next time bila kurang/skip bahan tersebut baru kita tau perbezaan rasa dan aroma sesuatu masakan.
Kat mana nak beli garam masala, kalau saya cuma beli di kedai runcit dekat rumah saya je.Beli pun paket kecik je sebab bukan selalu guna pun.Harga saya tak berapa ingat rasanya cuma seringgit lebih je.Dalam bajet harga rempah kari gitulah.
Feeling macam kedai mamak pulak haha.Rasa pedas berempah dan lemak yang lite dari yogurt.- Perasakan ayam dengan serbuk pati ayam (atau garam)kemudian tuang bahan kisar, serbuk cili, serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, garam masala dan serbuk kunyit.Kemudian gaul sebati dan perap sebentar.
- Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang,jintan putih hingga naik aroma.Kemudian masukkan hirisan bawang besar tumis sekejap hingga bawang layu kemudian masukkan tomato yang telah didadu.Tumis sambil lenyek-lenyek buah tomato supaya hancur.
- Setelah buah tomato hancur, masukkan ayam yang telah diperap tadi.Kacau sebentar dan masukkan sedikit air (masuk air ke dalam mangkuk perapan)untuk habiskan baki bahan perapan.
- Tutup periuk dan kacau sekali sekala.Proses untuk kecutkan ayam.Boleh tambah sedikit air dan biarkan ayam empuk.
- Setelah ayam empuk, masukkan sos tiram dan gula merah.Seimbangkan rasa.Akhir sekali tabur hirisan daun ketumbar.Siap!Selamat Mencuba
2 comments
Yogurt dan akar ketumbar tu yang special.
ReplyDeleteMesti sedap ni
ReplyDelete