Assalamualaikum...
Semakin lama menu/resepi pun semakin ringkas.Bukan apa selera makan pun makin berkurang.Apabila buat lauk simple menu telur gini badan pun tak penat sangat, makan pun berselera, menu ringkas cepat dan sedap sangat sesuai dijadikan menu sahur atau lauk ekspress bagi mereka yang sibuk bekerja atau yang pulang lambat ke rumah.
Pendek betul mukaddimah, terus je resepi haha
Sekarang ni sangat jarang saya posing lauk pauk secara beriya letak dalam pinggan dengan props bagai.Simple sahaja snap terus dari kuali haha..Kuali pun yang lejen.Tapi banyak jasanya.Bagi saya kalau goreng telur kena guna atau wajib guna kuali lejen barulah telur cantik kalau guna non stick pan mesti telur jadi melebar dan tak cantik.Ada tak kawan-kawan yang macam saya suka guna kuali lama bila goreng telur?
Telur Masak Sos
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 biji telur
1 labu bawang besar cincang
2 biji buah tomato (buang biji dan dadu kecil)
3 sb sos cili
1 sk sos tomato
Sedikit gula merah
Garam secukupnya
Air secukupnya
Hirisan cili padi
Minyak
Hirisan daun bawang/daun ketumbar (untuk hiasan)
Cara-Cara
- Panaskan minyak, goreng telur mata.Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan buah tomato.Kacau sebentar hingga tomato layu sambil lenyek-lenyek tomato supaya hancur.Sebaiknya guna buah tomato yang masak ranum.
- Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula merah.Kacau sebentar.Masukkan sedikit air.Tabur hirisan cili padi biarkan kuah mendidih.Masukkan telur yang sudah digoreng tadi.Gaul sebati.Tabur hirisan daun bawang/daun ketumbar untuk hiasan.Siap.Selamat Mencuba
1 comments
Wak kalau bersahur memang suka cari telur mata kerbau
ReplyDelete