Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, masih banyak resepi yang belum sempat update dalam blog TMK.Hajat hati nak cuba update setiap hari, tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan.Okey hari ini saya nak share satu resepi lauk yang mudah sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur.Lauk ringkas sahaja dan saya masukkan terus sayuran dalam lauk ini.Jadi kalau ibu yang berkerja masih sempat masak lauk dan sayur dalam satu hidangan.Mudah, cepat dan insyaaAllah sedap.
Ayam goreng kunyit ini saya tidak menggunakan bahagian isi ayam/dada ayam tetapi menggunakan bahagian yang lain dipotong kecil.Kalau kepak bahagian drummet dan wing.
Ayam Goreng Kunyit Sos Tiram
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
500g ayam
2 ulas bawang putih (cincang)
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
Sedikit kicap lemak manis
Bunga kubis
Karot (hiris bentuk batang mancis)
Hirisan bawang besar
Cili merah, cili hijau dan cili padi
Serbuk lada sulah
Garam dan kunyit
Air
Minyak
Cara-Cara
- Perasakan ayam dengan garam kunyit, kemudian goreng hingga masak.Tolak ayam ketepi sedikit dan keluarkan lebihan minyak.Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang putih hingga garing.Masukkan sos tiram dan sos cili, tumis sekejap.Kemudian gaulkan dengan ayam.
- Masukkan sedikit air, gaul sekejap.Kemudian masukkan sayuran (bunga kubis dan karot)Kacau sekejap dan biarkan sayuran lembut sedikit.
- Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi, kemudian renjis sedikit kicap lemak manis untuk naikkan seri lauk ayam goreng kunyit.
- Gaul rata, akhir sekali letak sedikit serbuk lada sulah.Siap!
1 comments
Sedap ni makan dengan nasi putih.
ReplyDelete