Assalamualaikum...
Sementara kerajinan masih membara untuk update blog, kita hadap laptop dan cepat-cepat buat n3 kang hilang pulak mood menaip haha.Okey hari ini saya nak kongsikan idea resepi untuk bersahur yang mudah iaitu telur berlado.Kalau tak ada petai boleh skip sahaja part petai tu.Lagipun bukan semua orang suka makan petai kan?
Kalau nak buat untuk sahur boleh kurang cili padi/cili akar guna lebih banyak cili besar merah sahaja.Makan pedas untuk sahur tak berapa bagus untuk perut kan?
Simple sahaja...makan dengan nasi panas memang sedap tau
Resepi Telur Berlada / Telur Berlado Mudah Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 biji telur
1 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm belacan (kisar)
3 biji cili merah (kisar)
3 biji cili padi (kisar)
1 asam keping
1 sb sos tiram
1 sk gula merah
garam
petai
minyak
sedikit air (utk kisar)
Cara-Cara
- Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, belacan bersama dengan sedikit air. Ketepikan bahan kisar.
- Panaskan minyak dan goreng telur mata kerbau.Goreng hingga selesai kesemua telur.
- Jika minyak terlalu banyak, keluarkan lebihan minyak tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis asam keping bersama bahan kisar tadi.Tumis hingga garing.
- Masukkan gula merah, sos tiram dan sedikit garam kemudian kacau sebentar.Seimbangkan rasa dahulu.Kemudian masukkan petai.Kacau sebentar.
- Masukkan telur mata, gaul sebati dengan sambal.Tutup api.Dah siap Telur Berlado Bersama Petai.Selamat mencuba.
- Untuk video tutorial sambal telur berlado boleh tonton di YouTube Malina Lina Pg
0 comments