Assalamualaikum...
Hai semua kembali bersiaran di pagi Isnin, hari ini terasa bersemangat sedikit untuk menulis dan update resepi dalam blog TMK.Kadang-kadang semangat memang ada tetapi idea nak mengarang tu tak ada pulak.
Dah masuk pertengahan puasa, selera makan pun makin kurang.Waktu berbuka pun sangat kurang selera makan apatah lagi waktu bersahur kan?Tambahan sekarang ni musim panas sangat, bila berbuka minum segelas air dan jamah kuih seketul pun dah cukup mengenyangkan, nasi makan sesenduk sahaja sekadar ada input yang 'solid' masuk ke dalam perut.Alhamdulillah jika berterusan, raya ni kurus slim la kan haha (berangan tak salah)
Okey hari ini saya nak kongsikan satu menu sahur atau lauk emergency iaitu telur kicap lagend.Sebelum ini saya pernah post dalam blog telur masak kicap simple, kali ini versi upgrade.Lagi sedap dan mengancam.Menu ini dah jadi favourite anak-anak dan suami.Anak-anak tu sebut 2 x je sebab budak Maisarah tak layan lauk macam ni.Terpaksalah mama buat telur dadar untuk dia sorang haish...
Walaupun simple sahaja tapi cukup menyelerakan bila makan dengan nasi panas-panas- Panaskan minyak tumis bawang merah hingga wangi dan sedikit layu (tak perlu garing)
- Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji.Pastikan ada jarak antara satu sama lain.Taburkan hirisan cili padi.
- Seterusnya letak sos cili dan sos tiram.Letak secara merata jangan letak setompok.Renjiskan kicap lemak manis.Perahkan jus limau kasturi,serbuk lada sulah.
- Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar atau daun bawang.Siap!
2 comments
Kak Lina...SA ni dah tua pun x pandai masak telur mata cantik2 paras rupa macam tu tau...
ReplyDeleteSA sebenarnya kadang² telur tu sendiri takmo bagi kejesama. Boleh pulak telur kuning terpecah kadang² 😂
Delete