Assalamualaikum...
Hari ini anak-anak sudah kembali bersekolah, mesti mak-mak agak sibuk menguruskan hal anak-anak.Semoga dipermudahkan segala urusan kaum ibu yang hebat.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa ramadan yang akan bermula esok hari.
Okey hari ini saya nak kongsikan satu resepi kuih tradisional yang agak unik dan mungkin tidak ditemui di negeri lain selain negeri Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu kuih tepung puli.Kalau sekali pandang rupanya seakan laksam kerana bergulung, ada juga macam kuih lapis, kalau dari sudut pandang kanak-kanak pulak seakan lollipop.Tektur kuih Tepung Puli ini sedikit kenyal kerana menggunakan tepung pulut, rasanya lemak manis sungguh unik dan lain dari yang lain.Ianya tidak sama seperti kuih lapis yang lebih lembut.Tepung Puli lebih 'firm' dan tidak mudah patah, sangat fleksible.
- Sediakan mangkuk besar, satukan tepung pulut, tepung ubi kayu, gula, dan sedikit garam.Gaul rata bahan kering.
- Masukkan santan pekat, kemudian masukkan air sambil kacau/adunan hingga adunan licin/tidak berketul.Jika ada berketul bolehlah tapiskan.
- Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian biarkan warna asal dan satu bahagian lagi letak pewarna kegemaran masing-masing.Lina pg letak warna pink.Kacau sebati adunan tersebut.
- Sediakan loyang 7x7in, alas dengan plastik dan sapu sedikit minyak (supaya senang untuk keluarkan kuih apabila kuih masak).
- Tuang adunan berwarna ke dalam loyang hingga memenuhi dasar loyang.Lina Pg tuang anggaran 3 senduk kecil.Kemudian kukus selama 5min.Pastikan air dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
- Setelah lapisan pertama masak, kita tuang lapisan kedua (tidak ada pewarna) kemudian kukus selama 8min.Kuih Tepung Puli hanya 2 lapisan sahaja.
- Sementara kuih masak, kita sediakan daun pisang, bersihkan dahulu kemudian sapu sedikit minyak.Ketepikan dahulu.
- Setelah kuih masak/siap dikukus, biarkan kuih suam sedikit barulah keluarkan dari loyang.Kemudian gulung kuih tadi dan gulung dengan daun pisang.Tujuan balut/gulung dengan pisang supaya kuih tidak melekat antara satu sama lain.
- Biarkan kuih sejuk, barulah potong dan hidangkan.Selamat Mencuba.
2 comments
Cantik betul kejadian kuih tepung puli.
ReplyDeleteSalam Ramadan Al Kareem buat Lina sekeluarga.
Selamat menjalani ibadah puasa.
cantiknye kuih.. klu ldy yg menggulungnye xtahu la jd bentuk mcmn..
ReplyDelete