Ayam Cili Kering Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, March 13, 2024

 Assalamualaikum...

Dah ada idea juadah untuk berbuka nanti?Kalau belum ada lagi apa kata cuba ayam cili kering ini sangat mudah dan sedap.Bagi mak-mak yang berkerja pun masih sempat masak lauk ni.Ayam cili kering ini saya guna cili kering yang kurang pedas memang mesra kanak-kanak.Kalau nak lebih pedas boleh ketuk cili padi.Hurmm rasa macam tak ada idea nak mengarang apa..kita terus semak resepi 

Makan dengan nasi panas memang boleh bertambah ni

Resepi Ayam Cili Kering
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
400g ayam potong kecil 
2 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering (rendam hingga lembut dan potong)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 sb kicap lemak manis
bawang besar
cili padi
daun bawang
Garam dan kunyit
minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sekadar untuk menumis.Tumis daun kari, cili kering, bawang putih hingga garing.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.Kacau sebentar.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang holland.Renjiskan kicap lemak manis.Gaul sebati dan bawang layu.Boleh juga kalau nak letak sedikit air (anggaran 2sb sahaja) tapi lina pg tak letak air.
  6. Masukkan hiasan cili padi dan hirisan daun bawang.Gaul sebati, Siap!

  • Share:

You Might Also Like

3 comments