Puding Bandung Mudah Dan Sedap | Idea Juadah Berbuka Puasa

By LiNa_Pg - Saturday, March 09, 2024

 Assalamualaikum...

Salam hujung minggu mengambil kesempatan untuk menulis sebelum buka sekolah.Masih banyak lagi resepi yang tertangguh masih belum sempat update dalam blog.Hari ini saya nak kongsikan satu resepi agar-agar atau puding yang mudah dibuat dan sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.Rasanya lemak-lemak manis.

agar agar bandung, puding bandung,
Kalau makan seketul dua memang tak cukup.Nyaman jer meluncur ke anak tekak.Memang sedap kalau dinikmati semasa berbuka puasa
https://youtu.be/7Wbw-rMeSSc?si=CVteQKMy5QSCbjjP
Boleh masukkan ke dalam list dessert untuk menu berbuka ya

Resepi Puding Bandung Mudah dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10g agar-agar serbuk
1 cawan gula
400ml air
400g susu cair (1 tin)
200ml santan
Sirap rose
Sedikit pewarna pink (jika suka)
Daun pandan
garam

Cara-Cara
  1. Satukan agar-agar serbuk, gula, garam, air ,daun pandan dan sirap rose ke dalam periuk.Kemudian masak hingga gula dan agar-agar larut.
  2. Seterusnya masukkan susu cair dan santan.Kacau sebati.Jika adunan nampak pucat boleh tambah sedikit sirap atau pewarna merah jambu/pink.Biarkan mendidih dan terus tutup api.Jangan biarkan mendidih lama nanti santan akan naik ke atas jadi agar-agar berlapis.
  3. Tapiskan agar-agar/puding sambil tuang ke dalam loyang (7x7in) lina pg basahkan dahulu loyang dengan air.Tips supaya senang untuk keluarkan puding/agar-agar setelah beku/keras nanti.Biarkan puding sejuk/suam terlebih dahulu kemudian simpan dalam peti ais supaya puding keras.
  4. Setelah puding mengeras (4-6jam) bolehlah potong mengikut kreativiti masing-masing.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments