Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Jumaat.Bagaimana cuaca di tempat kalian?Kalau di tempat saya cuaca sejuk, pagi tadi semasa anak dan suami hendak keluar dari rumah dalam hujan lebat jugalah.Sekarang ini hujan dah reda tetapi sang mentari belum memunculkan diri.
Okeylah berbalik kepada tajuk hari ini iaitu tomyam kering atau tomyam darat.Anak saya si Maisarah tu suka sangat makan tomyam, boleh dikatakan setiap minggu memang wajib buat tomyam (yang berkuah) macam kedai siam tu.Mama pulak boleh dikatakan dah mampu nak telan tomyam almaklumlah setiap minggu ulang menu sama.Jadinya saya tukar pulak kepada menu tomyam kering atau tomyam darat.Nampaknya tomyam versi ini pun dia suka juga.Jadi bolehlah mama ulang menu selang seli versi kuah dan versi kering.Kalau tekak mama lebih memilih versi kering macam ni.Cumanya banyak kerja siket kerana ayam perlu digoreng terlebih dahulu.Kalau versi berkuah lebih mudah cuma lebur je semua sekali.
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.
- Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi, tinggal sedikit sekadar untuk menumis.Tumis bawang merah, bawang putih, akar ketumbar dan daun limau purut hingga terbit bau.
- Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pes tomyam dan tumis sekejap.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, pes asam jawa dan masukkan sedikit air.Kacau dan biarkan kuah mendidih.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Masukkan juga bawang holland.Gaul rata dan biarkan bawang sedikit layu.
- Akhir sekali masukkan hiasan daun ketumbar dan cili padi.Tutup api.Ayam Goreng Tomyam sedia dinikmati.Selamat Mencuba.
Assalamualaikum...
Bersua kembali, sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober 2025, begiru cepat masa berlalu.Bagaimana cuaca di tempat kalian, kalau di tempat saya pagi ini hujan renyai dan mendung je.Kebiasaannya tengah hari akan panas dan petang akan hujan semula.
Okey untuk hari ini saya nak kongsikan satu resepi mudah sahaja iaitu cucur udang tanpa glutin, sesuai sangat mereka yang alergi dengan tepung gandum.Kita akan gantikan gandum dengan nasi dan cucur ini juga tidak menggunakan serbuk penaik kerana nasi itu sendiri akan melembutkan cucur.Haa mudah kan kalau ada nasi lebih boleh buat cucur yang simple.
- Kisar nasi dengan sedikit air.Sukatan air sekadar mesin pengisar berfungsi sahaja.Jangan terlalu banyak nanti adunan akan cair.
- Masukkan nasi yang telah dikisar ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan karot, daun bawang, cili merah, udang, serbuk kunyit, serbuk pati ayam dan gaul rata.
- Setelah sebati masukkan tepung beras dan gaul rata.Akhir sekali masukkan cuka.Cuka akan bertindak sebagai agen perangup cucur udang ini, gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng cucur hingga masak.Angkat dan toskan. Cucur udang sedap dimakan dengan sos cili dan mayonis.Boleh juga kalau nak makan begitu saja.Selamat mencuba

