Resepi Nasi Pilau Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, November 20, 2013

Assalamualaikum...
Sehari  dua ni rajin pulak tayang lauk pauk hehehe..kalau tidak manjanggggg kek jer kan?Dah coti sekolah ni kenalah masak spesel sket untuk anak2.Lagipun time memasak pun relek sket.Kalau tidak, asyik terkejar2 n mata tak lepas tengok jam.Kalut nk masak, nk pick up anak lagi.Kalau ada tempahan lagi kalut berganda.Sekarang ni cuti senang nk arrange time.
Sana sini dok rancak menayang Nasi Pilau ni, kite pun terhegeh2 nk buat jugak.Alhamdulillah dikurniakan sedikit kerajinan..kira rajin rahap gaban ni sebab nasi ni kena buat stok ayam dulu, baru boleh proceed ti the next step.Kalau Nasi Beriani tu sap sap soi jer..sekali harung jer..

Nasi Pilau ni kaler putih jer..biasa tengok kelabu asap gitew..maybe saya boh sket jer jintan putih kot..takut lak kuat rasa rempah, tak makan lak dak Maisarah..maklumlah tekak cerewet tahap gaban tuh huhu..Tapi kena nasi ni..sepinggan dalam gambar ni licin dia makan (bukan makan sendiri..mama dia la suap hihiii)
 Cantik lak biji nasi ni guna beras PUSA..lenkali boleh beli beras ni la
 Nasi Pilau Pakistan digandingkan dengan Kari Daging Pakistan, last but not least Ayam Maharani..wallaaa

RESEPI NASI PILAU PAKISTAN
By: Kak Maria Hakim (No Link)
Rujukan : Zaliedana 
Sumber : LiNa Pg
Resepi asal, sila rujuk ke blog ct resepi kat bawah ni saya simplify bagi senang faham

Bahan-Bahan A (Untuk Stock Ayam)

  • 1/2 ekor ayam dipotong (LiNa Pg gn tulang2 sahaja untuk wat stock)
  • 2 sb Ketumbar Biji
  • 1/2 sb Lada Hitam Biji
  • 1/2 sb Jintan Manis Biji
  • 1/2 sb Jintan Putih Biji
  • 1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 labu bawang besar (belah empat)
  • 2 helai Daun Bay
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
  • 4 cawan air
  • 1 kiub ayam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
  2. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
  3. Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air air dan ayam sahaja digunakan untuk Nasi Pilau ni)Ketepikan 

Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)

  • 2 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
  • 2 1/2 cawan air rebusan ayam (LiNa Pg gn 2 cawan air rebusan+1/2 cawan susu cair)
  • Ayam dari rebusan stock
  • 1 labu bawang besar (LiNa Pg dadu kecil)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar 
  • 1/2 sk Garam Masala  (LiNa Pg xdak-gantikan ngan rempah beriani)
  • 1/2 sk serbuk Jinta Putih 
  • Pes Bawang Putih (LiNa Pg letak 1/2 sb)
  • Pes Halia (1/2 sb)
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun Bay
  • Daun Pandan
  • Kiub Pati Lembu (LiNa Pg xletak-dah letak dalam chicken stock)
  • Garam/Gula Secukupnya (LiNa Pg xletak)
  • Mnyak 
  • 1/2 sk jintan Putih Biji (tabur last, bila nasi kering)LiNa Pg xletak takut anak tak mkn

Cara-Cara:

  1. Tumis bawang besar yg dihiris/dadu smp garing.Jangan sampai hangus, nanti nasi akan jadi pahit.
  2. Masukkan rempah 4 beradik,daun bay,daun pandan,pes bwang putih, halia n rempah2..tumis lagi smp garing n naik bau..
  3. Masukkan beras, goreng sekejap hingga sebati dengan segala rempah.
  4. Masukkan air rebusan, susu cair grm gula n ayam.
  5. Apabila nasi telah kering,gembur2kan n taburkan jintan putih (LiNa Pg xletak)
  6. Bolehla dihidangkan..

 
Rempah rebusan chicken stock

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. yummyyyyyyyyyyyyyyy,bestnyaaaaa..nasi dah la pepanjang,dapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. salam kak lina..

    wah, nampak best la nasi pilau tu..telan2 air liur tengok..hikhik..

    ReplyDelete
  3. @Mek Onie
    Alhamdulillah sedap la kat tekak kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. @Bbwana adienia
    wslm, memang makan complete set dalam gambar tu wana

    ReplyDelete
  5. assalam lina..acik nak ambik resepi ye..
    acik memang suka beli beras PUSA ni..buat nasi lemak pun guna PUSA,,sedap...lembut je

    ReplyDelete
  6. Amb0i...Lina sebijik-sebijik nasi nya...geram tguk...=)

    ReplyDelete
  7. lapar la pulak tgk nasi tu...sedap ni

    ReplyDelete
  8. Panjangnyaaaa nasi dier,senyap je lani

    ReplyDelete
  9. @Umie Jazz
    A..ah..cantik betul nasi guna beras ni

    ReplyDelete
  10. @Chik Mimi
    Sangat panjanggggg ini nasi hehehe..
    La ni hibernate muahaha

    ReplyDelete
  11. Salam lina..myelerakn btl..nnt2 kna buat jgk nie..

    ReplyDelete
  12. Sedap niii Lina Klina dh pernah msk ....

    ReplyDelete
  13. Biasa nasi ni makan dgn lauk ayam masak apa ye?

    ReplyDelete