Assalamualaikum...
Siaran ulangan Ayam Maharani...lauk ni dimakan ngan Nasi Pilau Pakistan aritu..Walaupun ulang siar tp letak gak la resepi bagi meriah sket hehe..
Okey malas nk bebel....terus ajerlah semak resepi
Gambar dari enpon jer neh..suma set nasi Pilau dari enpon sahaja..
RESEPI AYAM MAHARANI
Original : Chef ASma Laily
Sumber : LiNa Pg
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya
Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar (LiNa Pg gn 2 labu)
10 biji lada hijau (LiNa Pg guna 3 biji)
5 biji lada merah (LiNa Pg gn 3 biji)
1 biji tomato ( LiNa Pg dadukan saja)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih (LiNa Pg gn 3 ulas bawang putih-blend)
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani
Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt (LiNa Pg xletak xdak stok)
1/4 cawan santan (LiNa Pg guna sekotak 200ml)
1 cawan air
10 biji gajus (LiNa Pg gantikan ngan serbuk badam)
Bahan2 C:
2 helai daun bay (LiNa Pg gantikan ngan daun pandan)
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga (LiNa Pg gn 1biji jer)
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng (LiNa Pg xletak)
garam & gula secukup rasa
minyak
cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan
note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..
14 comments
Walupun gambar dari enpon tapi jelas Lina, cantik & nampak menyelerakan!
ReplyDeletenampak sedap jer...nampak sedap jer...tak boleh tahan..lapaq2
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Lina...bagus tu kak walau dah berulang2 post sebab kadangkala klu orang2 yang tenet ia cam siput taklah banyak sangat masa digunakan untuk klik sana sini cari link... apa2 pun ayam ni nampak menarik, patutlah yang tukang buat pun tak jemu masak lagi dan lagi dan lagi
ReplyDeleteas salam...sedapnye....dah lapar semula tengok ayam tu...mmmmmm
ReplyDeleteNa nampak sedap ayam maharani tu bersalut dengan kahnya
ReplyDelete@Amie
ReplyDeleteBila nk cepat capai apa ajer yg dekat kak amie..janji ada gambar haha
@Sarah Talib
ReplyDeletesedap la kat tekak kami ni sebab tu ada siaran ulangan hehe
@Sue @ Nenie
ReplyDeletewslm nenie..menu ulang siar..cuma kali ni rajin snap gambar..
@Yatie Mokhtar
ReplyDeleteCubelah yatie..resepi nmpk panjang tp senang aje tu
@Chik Mimi
ReplyDeletekak mimi..kalau yg ni lauk 'tunggal' cheq suka berkuah sket, tp kali ni ada geng ngan kari pakistan yg agak berkuah dah tu..yg bg berpalut jerr
Assalamualaikum lina X kiralah gamba dri Hp ke mmg nmpk menyelerakan...nnti bole saya cuba...tkasih
ReplyDeleteSalam kak lina.. wahhh.. panjang betul ingredients dia. mmg kene amik aura rajin baru blh wat nih :)
ReplyDeleteassalam lina..teringin jugak acik nak mencuba ni..
ReplyDeletetapi tunggu anak balik la lepas abis pekse ni
Nk try buat lah Rye ni.... Tq...
ReplyDelete