Rahsia Nasi Goreng Kampung Lebih sedap Ala Gerai Thai

By LiNa_Pg - Tuesday, May 12, 2020

Assalamualaikum....
Hai semua, saya sedang berusaha untuk habiskan n3 banyak yang tertangguh.Okey hari ni saya nak share resepi nasi goreng kampung yang sangat simple tapi rasanya sungguh sedap ala gerai thai la.Kalau kita makan nasi goreng kat kedai nasi tu 'berasa' iaitu tidak rasa kosong, macam masuklah garam dalam nasi tu kan?
Jom kita selongkar trick nak buat nasi goreng lebih padu.Nasi goreng jenis apa pun tak kisah, tricknya tetap sama iatu..gaulkan nasi dengan kiub ikan bilis atau garam.Nasi akan lebih mesra dan lebih rasa sedap.Simple kan...tapi memberi rasa yang lebih padu.Ianya tidak sama dengan kita taburkan garam semasa menggoreng.
Resepi nasi goreng kampung ni saya sediakan video tutorial di youtube, nanti boleh refer ke sana untuk lebih senang faham.Kalau ada yang jemu bersahur dengan nasi putih dan lauk pauk, bolehlah cuba nasi goreng kampung pulak.Makan panas2 ada pulak telur mata dan sambal belacan memang boleh bertambahlah.

simple jer..sedikit isi ayam,ikan bilis dan telur mata...

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan 
  • sedikit belacan *
  • 7 biji cili padi hijau*
  • 3 biji cili padi merah (yang ni lina pg buang biji)*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 genggam ikan bilis (ambil separuh tumbuk)* 
  • 3-4 cawan nasi sejuk
  • 1 kiub ikan bilis
  • isi ayam didadu kecil
  • 1 sb kicap cair (atau sos ikan)
  • Sayur kangkung
  • Garam (jika perlu)

Cara Cara
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *.Ketepikan sebentar.
  2. Nasi sejuk digaul bersama kiub ikan bilis.Ketepikan.
  3. Panaskan minyak goreng ikan bilis (baki dari yang ditumbuk tadi).Goreng hingga garing angkat dan toskan.Ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis
  5. Tumis bahan tumbuk hingga garing kemudian masukkan isi ayam kacau sebentar.Masukkan sedikit air supaya ayam cepat masak.
  6. Masukkan kicap cair dan batang kangkung.Kacau sebentar supaya batang kangkung layu.
  7. kemudian masukkan nasi dan juga sayur kangkung (bahagian daun)
  8. Gaul rata dan akhir sekali masukkan sedikit garam.Rasa dulu baru masukkan garam.Tutup api.
  9. Nasi goreng kampung sedia dihidang.Taburkan gorengan ikan bilis semasa menghidang.Selamat mencuba.
  10. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Bila cili padi jumpa belacan, tambah sos ikan... memang menjadi! Time makan sediakan secawan minuman panas, kalau kepedasan teguk minuman tu.... ah! Nikmatnya!

    ReplyDelete
  2. wak kalau makan nasi goreng ni, kena cari ayam goreng seketul

    ReplyDelete
  3. memang feberet tiapkali kat kedai thai kan
    mesti nasi goreng kampung, tqq lina share rahsianya
    insyaallah blh cuba resepi ni

    ReplyDelete