Assalamualaikum...
Puasa dah hampir ke penghujung, terasa begitu cepat puasa tahun ini sedar tak sedar dah nak raya dah.Kalau kebiasaannya memang akan buat countdown dah berapa hari puasa, berapa hari lagi buat dan berapa hari lagi untuk balik kg.Memandangkan tahun ini terpaksa beraya di rumah sendiri 'eksaited' nak beraya agak kurang.Sekadar meraikan kemenangan berpuasa sahaja.Raya tahun ini tanpa baju baru bukan berkira atau tidak mahu beli, tapi rasa kurang wajar kalau terpaksa bersesak di pasar raya.Tak apalah kita pakai sahaja baju yang mana ada.Si kecil Maisarah pun langsung tak bersungut pasal baju raya.Dah faham sangat dengan keadaan wabak covid19 ni, kita semua doakan semoga covid19 akan segera hilang dan terhapus dan juga penawar/vaksin segera ditemui.
Okey berbalik kepada n3 kita hari ini, saya nak kongsikan resepi biskut pulak.Resepi biskut cornflakes rangup terpaksa jump Q resepi2 sebab memang tak sempat nak update mengikut turutan video di youtube.Memandangkan puasa berbaki 3 hari sahaja, lebih baik resepi biskut yang di post ke sini.Mungkin ada kawan2 di luar sana teringin mencuba biskut cornflakes yang sangat simple ni.Perkongsian video cornflakes cookies ni mendapat sambutan yang luar biasa.Ramai yang menyukai dan berjaya membuatnya.Apa yang lebih menyeronokkan apabila penyanyi lagend Salamiah Hassan iaitu ibu kepada Atilia juga ada meninggalkan komen di video Cornflakes Cookies.Teruja jugaklah bila artis pun layan youtube kita yang tak seberapa ni...
Okey jom kita semak resepi Biskut Cornflakes yang mudah dan sangat sedap ni.
- Cornflakes diramasa kasar dan bahagi kepada 2 bahagian (separuh dimasukkan ke dalam adunan dan separuh digunakan untuk menyalut doh).Ketepikan sebentar.
- Tepung gandum, tepung jagung dan gula aising diayak terlebih dahulu.Ini tips supaya biskut lebih ringan.Kerana resepi ini TIDAK menggunakan sebarang serbuk penaik.
- Satukan butter dan gula aising gaul menggunaka spatula atau senduk kayu hingga sebati dan nampak sedikit creamy.Tak perlu kembang.Sekadar bercampur sahaja.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila.Gaul sebati.
- Masukkan tepung jagung dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,gaul dengan spatula kemudian bolehlah uli dengan tangan.
- Akhir sekali masukkan cornflakes yang telah diramas tadi (perlu diingat simpan separu untuk salutan)
- Tutup doh dan simpan dalam peti ais bahagian chiller selama 30min.
- Kemudian boleh bentuk doh mengikut kreativiti, lina pg cuma ceduk guna sudu dan bulatkan kemudian salut dengan cornflakes.
- Sapu loyang pembakar dengan sedikit butter kemudian susun biskut ke atas loyang.Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar selama 35min suhu 150'c (suhu bergantung kepada jenis oven masing2)
- Setelah biskut masak, biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
- Resepi ini menghasilkan lebih kurang 70pcs biskut (bergantung kepada saiz biskut)Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
1 comments
Memang sedap sangat ni. Tiap kali raya mesti ada, tapi tempah saja. Puas sendiri puas hati kan.
ReplyDelete