Kuih Cucur Jawa Paling Mudah dan Sedap Elok Menjadi Cucur Topi Berompol Ala Topi Mexico
Assalamualaikum...
Hai semua suka makan kuih cucur jawa tak?Kuih cucur jawa ni mempunyai banyak nama mengikut negeri.Kalau di Kelantan Kuih Cucur Jawa dikenali sebagai Kuih Topi ianya berwarna putih keran menggunakan gula putih atau gula pasir.Berlainan pulak kalau di negeri utara ianya bewarna keperangan dan terendak topinya berompol rompol dan sedikit berteping.Di utara dan negeri lain kuih cucur jawa dibuat menggunakan gula merah dan dicampur gula pasir.Kalau di Sabah pula ia dikenali sebagai kuih panyaram atau penjaram.Banyak betul nama kuih ni kan?Walau apa pun namanya, ianya tetap sedap dimakan.Kalau kena teknik membuat dan cara gorengan yang betul, insyaaAllah kuih ni akan canti berompol rompol.Cuma kena sabar siket untuk perap selama 3-4 jam.Untuk teknik menggoreng, kuih cucur topi mestilah digoreng sebiji sebiji memang kena banyak bersabar la sebab tak boleh goreng banyak banyak sekaligus.Kuali pulak mestilah menggunakan kuali lagend iaitu kuali yang berlekuk.Kalau guna kuali flat yang moden2 tu memang tak akan menjadilah kuih UFO kita ni.Bahan bahan untuk membuat kuih cucur topi ini sangat mudah dan tak banyak bahan pun.Okey jom kita semak resepi kuih cucur jawa ni.Alhamdulillah perkongsian saya di youtube mendapat sambutan yang sangat menggalakan.Ramai kawan2 dri FB dan IG telah berjaya membuat kuih ni dan ramai juga dikalangan follower yang bagi feedback mereka telah berjaya buat..Alhamdulillah.
- Satukan air, gula dan garam ke dalam bekas.Kacau hingga gula dan garam larut.Tapiskan.
- Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk yang besar.Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil adun/kacau hingga sebati dan nampak licin.
- Apabila nampak buih2 kecil di permukaan, adunan telah menjadi.Tapiskan adunan dan perap selama 3-4jam dalam bekas tertutup.
- Setelah 4jam diperap, kelihatan buih2 timbul di permukaan.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.Kena uji konsistensi.Kalau nampak pekat tambah sedikit air sebelum mula menggoreng.Refer ke video
- Panaskan minyak, senduk adunan dan goreng sambil simbah2 minyak ke atas kuih.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.Selamat mencuba
- Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY
0 comments