Keropok Lekor Maggi Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, May 15, 2020

Assalamualaikum...
Pernah makan keropok lekor maggi tak?Sedap tau tambahan pula kalau makan panas2 cicah sos cili dan mayonis memang sedap.Kalau bulan puasa ni, buat makan2 lepas teraweh memang sesuai sangat lah untuk kudapan.Masa PKP ni kita kena kreatif siketlah selalunya kalau nak mengunyah atau nak makan sesuatu boleh jer singgah kat gerai atau beli kat mana2...tapi musim covid19 ni kenalah jaga diri sendiri.Baiklah kekal duduk di rumah sahaja.
Okey berbalik kepada keropok lekor maggi ni sebenarnya dah banyak saya ulang buat tapi itulah n3 kat blog tak terbuat jugak.Sekarang ni saya cuba usaha untuk habiskan n3 sebab ada biskut raya dan pelbagai resepi yang saya telah upload di youtube tapi masih banyak yang belum di upload dalam blog TMK ni.
Keropok lekor maggi ni rasanya lembut dan tidak liat, kira tak sakit gigit nak mengunyah, sangat mudah dan berbaloi sebab anak2 suka sangat.Sampai buat stok frozen.
Okey untuk membuat keropok lekor frozen, caranya ialah selepas rebus, kita biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian susun dalam bekas/tupperware atau masukkan sahaja ke dalam plastik.Kalau setakat nak simpan 2-3hari letak sahaja di bahagian chiller.Kalau nak simpan lebih lama letak sahaja di bahagian sejuk beku.Bila nak makan, keluarkam dan biarkan pada suhu bilik, terus potong dan goreng.Senangkan?
Dah panjang menaip ni, jom kita semak resepi keropok lekor maggi.Resepi ni saya sediakan video tutorial di youtube juga, nanti boleh refer ke youtube untuk lebih mudah faham

Menarik kan?siapa sangka dari maggi boleh di'transform' menjadi keropok lekor yang enak dan sangat menyelerakan.Jom cuba

KEROPOK LEKOR MAGGI
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 pek maggi (rebus dan toskan)
1 biji telur
7 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung gandum
Minyak

Cara Cara
  1. Masukkan maggi yang telah direbus ke dalam pengisar, masukkan perencah maggi dan telur.Kisar hingga hancur.
  2. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum.Uli hingga menjadi doh.Jika doh masih lembek, biarkan sahaja tak perlu tambah tepung.
  4. Untuk membentuk keropok lekor, basahkan tangan degan sedikit minyak dan ambil doh, gentel memanjang seperti keropok lekor/keropok losong.Panjang anggaran satu jengkal.
  5. Didihkan air dan rebus doh.Apabila doh terapung, bolehlah diangkat.
  6. Sekiranya mahu membuat frozen setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais atau peti sejuk beku.
  7. Sekiranya mahu terus dimakan, potong keropok lekor mengikut kreativiti dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Keropok lekor maggi sedia dihidang.
  8. Untuk menonton video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments