Assalamualaikum...
Hai semua, hari ini saya nak kongsikan resepi nasi beriani.Selalunya pada hari raya atau jamuan open house saya akan sediakan nasi beriani untuk keluarga.Dah banyak saya ulang siar resepi nasi beriani dalam blog TMK ini.Ada pelbagai jenis juga nasi beriani yang saya kongsikan ada yang kosong dan juga nasi beriani ayam, nasi beriani kambing dan lain lain.Kali ini buat lagi dan saya sediakan video tutorial di youtube channel.Resepi nasi biryani paling simple ini sengaja saya buat kosong sahaja tanpa masukkan sebarang lauk (ayam atau apa2)cuma nasi sahaja.Memang niat saya supaya nasi beriani nampak simple mudah dan straight forward.Niat hanya satu, pada musim perayaan kali ini ramai adik2 dan kawan2 di luar sana yang terpaksa beraya di rumah masing2 kerana tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.Walaupun kita masih lagi dalam KPK/PKPB tapi raya tetap raya.Nak tak nak pagi raya mesti ada juga hidangan istimewa untuk santapan keluarga tersayang.Walaupun covid19 kita masih belum menang tetapi kemenangan berpuasa di bulan ramadan patut kita raikan pada 1 Syawal dengan bersederhana.Kami sekeluarga pun simple sahaja, baju raya pun pakai jer yang mana ada, memang tak la nak keluar ke mall untuk membeli baju raya.Duduk di rumah adalah yang terbaik buat masa ini.
Okey sebelum tu saya nak bagitau, saya dah upload beberapa resepi biskut raya di youtube.Kalau korang belum ada idea nak buat biskut apa, boleh terus tonton di youtube okey.Sebenarnya masih banyak n3 tertangguh ni.Tak tahulah sempat habis ke tak nak buat posting dalam blog.Kalau mengikut baki puasa yang tak berapa hari ni dengan jumlah video di youtube macam tak sempat nak habiskan.
- Panas sedikit minyak ke dalam rice cooker,kemudian masukkan minyak sapi atau butter.
- Tumis 4 sekawan,daun pandan dan masukkan bawang kisar.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
- Masukkan pes beriani dan tumis sekejap.kemudian masukkan sos tomato (boleh guna tomato segar yang didadu/cincang).Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan beras basmati dan gaulkan dalam rempah tumisan.Apabila semua telah sebati dan mesra dengan tumisan masukkan air (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
- Masukkan susu cair dan kiub ayam,kacaukan nasi supaya sebati.
- Tutup periuk dan masak seperti biasa.Setelah rice cooker KEEP WARN, buat beberap lubang dan titiskan pewarna kuning/oren supaya nasi lebih menyerlah.
- Taburkan gajus dan kismis dan masukkan daun pudina/ketumbar.Tutup periuk dan biarkan KEEP WARM selama lebih kurang 8-10min.
- Selepas tu gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Nasi beriani sedia dihidang.
4 comments
mudahnya buat nasi beryani ringkas macam ni..saya sukalah..thanks kak Lina share resepi ni..semoga terus maju jaya k lina dlm berblog dan sbg youtuber:)
ReplyDeleteSuka makan nasi bariyani, nak2 diregukan dengan kambing.
ReplyDeleteNak masak tak gheti.
@Cik Matahariku
ReplyDeleteNasi Beriani PKP ni cik matahari hehe..kalau buat yang complicated takut ramai yang seram nak cuba.At least resepi simple macam ni, bolehlah adik adik dan yang bujang cuba buat kat rumah..memandangkan tahun ni semua kena beraya di perantauan..selamat hari raya cik matahari..
Terima kasih..isnyaaAllah akak terus membuat content di yt dan blog
@Warisan Petani
ReplyDeleteCubalah yang ni paling simple...saya masak pun guna rice cooker jer.