Roti Canai Sedap Dan Mudah Rangup Di Luar Lembut Di Dalam (Resepi Sukatan Cawan)

By LiNa_Pg - Sunday, May 17, 2020

Assalamualaikum...
Dalam kita tidak sedar, sepanjang PKP ini banyak hikmahnya.Kalau sebelum ni kita sudah terbiasa dengan hanya membeli roti canai di kedai mamak atau gerai2 sahaja.Tapi bila semuanya ditutup, kita semua mengambil inisiatif untuk membuatnya sendiri.Hebat kan dari hanya tau makan, sekarang ni ramai yang sudah pandai membuat roti canai sendiri.Saya sendiri langsung tidak menyangka yang saya akan gigih membuat roti canai.Selalunya yang terlintas dalam kepala saya, cuma mereka yang berada di luar negara sahaja yang akan gigih membuat roti canai homemade bila mereka teringin nak makan roti canai.Siapa sangka rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia juga membuat roti canai sendiri.Itulah hikmah PKP dari langsung tidak ambil tahu cara pembuatan roti canai, akhirnya ramai yang pandai menyediakan roti canai sendiri.Alhamdulillah perkongsian saya di youtube mendapat sambutan yang menggalakan.Saya lebih suka tektur roti canai melayu iaitu rangup di luar dan lembut boleh ditarik berlapis lapis di bahagian dalam.Selalunya kalau roti canai mamak tekturnya liat2 dan sedikit kenyal.Paling best resepi yang saya kongsikan ini rasanya tetap garing dan rangup walaupun telah sejuk
Okey jom kita semak resepi roti canai lina pg ni.

sedap tau..nanti cuba okey
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
3 cawan tepung gandum
1  sudu besar majerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
Air sejuk secukupnya

Cara Cara
  1. Dalam mangkuk besar, satukan majerin, susu, gula dan kacau sebati.Masukkan telur dan kacau guna hand whisk hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan (untuk panduan jumlah air yang lina pg gunakan anggaran 150ml)
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 10min.
  5. Selepas 10min uli semula doh (lina pg uli sekejap jer anggaran 2-3min sahaja)
  6. Tutup semula doh dan rehatkan selama 5min.Kalau rajin boleh ulang uli.
  7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan (buat rounding)
  8. Sapukan bekas dengan majerin dan sapukan bebola doh tadi dengan majerin, rehatkan doh (dalam bekas tertutup) selama sekurang-kurangnya 4jam atau semalaman.
  9. Kemudian bolehlah dicanai mengikut kreativiti masing masing.Goreng roti canai dengan api kecil hingga kuning keemasan.
  10. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Betul tu Lina, banyak resepi yang tak pernah dibuat, yang selalu dibeli, dicuba juga time pkp ni... teringin makan punya pasal.

    ReplyDelete