Assalamualaikum...
Hai semua, hari ni saya nak share resepi simple jer iaitu air tembikai.Sekarang ni musim buah tembikai banyak dijual di pasar dan juga pasaraya.Tambahan sekarang ni musim panas, dapat hilangkan dahaga waktu berbuka dengan jus tembikai yang enak menyegarkan sungguh nikmat terasa.
Okey la kita buat n3 ringkas sahaja.Jus tembikai ni saya inspirasikan jus tembikai laici tapi saya gantikan dengan kelapa laut TC Boy, kebetulan memang ada air kelapa laut kat rumah ni yang dihadiahkan oleh pihak TC Boy, memang sengaja simpan untuk berbuka puasa.Jus tembikai ni saya kisar buah tembikai segar bersama sedikit gula dan air.Letak pula potongan kecil buah tembikai dan juga air kelapa laut.Nak bagi lebih beraroma letak beberapa helai daun pudina..Memang terangkat kening la minum ketika berbuka.Kalau korang tak ada air kelapa laut, boleh gantikan dengan laici atau longan.Tapi citarasa saya air kelapa laut lebih sedap
- Separuh buah tembikai dikisar bersama gula dan air.
- Separuh lagi buah tembikai didadu kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/jug.
- Masukkan air kelapa laut dan tuangkan jus tembikai yang dikisar tadi.
- Masukkan ais dan daun pudina.
- Jus tembikai sedia dihidang.Selamat Mencuba
0 comments