Cara Buat Puding Karamel Mudah Dan Sedap 3 Bahan Sahaja

By LiNa_Pg - Saturday, May 02, 2020

Assalamualaikum...
Dah seminggu kita semua berpuasa, antara menu kegemaran ramai di bulan puasa ialah puding karamel.Memandangkan tahun ini tiada bazar ramadan, apa kata kita sendiri jer puding karamel ni.Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi puding karamel, kali ini ada kelainan sedikit kerana resepi puding ini tidak menggunakan susu pekat manis.Ini adalah permintaan dari follower youtube yang berada di luar negara yang sukar mendapatakn susu pekat manis.Katanya kebanyakan puding karamel menggunakan campuran gula dan susu pekat.Saya cuba usahakan supaya beliau dapat menikmati puding karamel di bulan puasa ini.Sebenarnya puding karamel ni dah lama saya post di youtube (sebelum ramadan dan sebelum PKP lagi)Macam biasalah selalunya akan ambil masa yang agak lama untuk update dalam blog.
Okey om kita semak resepi puding telur yang sangat simple ni...hanya 3 bahan sahaja.

simple sahaja bahan iaitu telur, gula dan susu cair
RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Gula Hangus/Karamel 
1/2 cawan gula 
4-5 sudu besar air 

Bahan Puding 
5 biji telur gred B 
1/2 cawan gula 
1 tin susu cair 
1 sudu kecil esen vanila

Cara-Cara
  1. Mula mula buat gula karamel dahulu.Masukkan gula ke dalam periuk kecil dan masukkan air.
  2. Biarkan gula mencair hingga keperangan,guna api kecil sahaja.Jangan lama sangat takut nanti pahit, cukup sekadar golden brown je.
  3. Tuang gula karamel ke dalam loyang atau bekas tahan panas.lina Pg guna ramekin.ketepikan sebentar.
  4. Satukan telur,gula susu cair dan esen vanila.Kacau dengan perlahan supaya puding cantik dan mulus.
  5. Tapiskan ke dalam acuan/loyang tadi.Tutup dengan aluminium untuk mengelakkan air menitik ke atas puding.Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain.Kukus selama 25-30min (hingga masak)Sejukkan terlebih dahulu, kemudian simpan dalam peti ais selama 4jam/semalaman.
  6. Terbalikkan puding dan sedia dihidang.Selamat mencuba.
  7. Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedap jew sejuk-sejuk masuk tekak time bulan puasa. Cantik kejadiannya. Warnanya menawan!

    ReplyDelete

  2. saya suka buat yg pakai tepung kastad tu. pastu sy suka letak gula karamel tu di atas puding tu. sbb makan dlm bekas tu kan. nampak cantik sikit.

    ReplyDelete