Cara Buat Sambal Telur Pecah | Idea Berbuka Atau Bersahur Ringkas
By LiNa_Pg - Wednesday, May 13, 2020
Assalamualaikum...
Hai semua, hari ni saya nak share resepi sambal telur pecah.Sambal telur ni diinspirasikan dari sambal telur pecah serangkak.Sesuai untuk bersahur bagi mereka yang sukakan lauk simple tambahan di hujung ramadan, kita pun makin sibuk dengan persiapan nak menyambut hari raya.Walaupun tahun ini sambutan hari raya sangat simple tapi raya tetap raya kan?Juadah raya tetap kena sediakan tak kanlah kita nak makan nasi kandar pulak pagi raya, mestilah kena masak sesuatu...Jadi sambal telur ini bolehlah dibuat untuk juadah berbuka yang ringkas.
Okey tanpa buang masa ,kita terus semak resepi sambal telur pecah (Sorry tau tak ada idea ak mengarang)
simple jer, tapi makan dengan nasi panas memang sedap.Ada pulak sup kosong lagi padu.Resepi telur pecah ni saya sediakan video tutorial di youtube channel
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH MUDAH DAN SEDAP
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
- 4 biji telur
- Sedikit isi ayam dadu (lina pg guna 1 ketul dada ayam)
- 1 labu bawag besar holland (dadu kecil/cincang)
- 1 biji tomato buang biji (dadu/cincang)
- 1 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar sos tiram
- cili padi/cili merah dan daun bawang
- serbuk lada putih
- minyak masak
Cara Cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga sediit layu (tak perlu garing)
- kemudian masukkan tomato, tumis sekejap hingga tomato layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam (kalau nak guna sosej atau jejari ketam pun boleh).Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram.
- Kacau dan biarkan hingga ayam masak.
- kemudian pecahkan telur satu persatu ke atas ayam,jarakkan telur antara satu sama lain.Taburkan serbuk lada putih ke atas telur.Tutup periuk/kuali dan biarkan telur membeku sedikit.
- Setelah telur hampir masak, taburkan hirisan cili dan juga daun bawang (dalam video saya tidak ada stok daun bawang)
- Tutup periuk sekejap dan biarkan telur betul2 set (terpulang citarasa nak masak sepenuhnya atau suka telur yang lembut goyang2)
- Tutup api dan sambal telur pecah telah sedia dihidang.Selamat mencuba.
- untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
2 comments
Menariknya resipi begini. Belum pernah buat ni. Firdaus hantu telur. Mana ahu buat begini dia suka. Tq for sharing ye Lina.
ReplyDeleteoo.. peminat begedil kentang suka telur rupanya... lama tak tengok daun.. mesti makin cerdik
Delete