Cara Buat Kuih Lopes yang Sedap Tanpa Daun Pisang Dan Teknik Membentuk Kuih Lopes Paling Senang

By LiNa_Pg - Thursday, May 14, 2020

Assalamualaikum...
Bila tiba bulan puasa, mesti ramai yang tercari cari kuih lopes.Kuih lopes memang menjadi kegemaran ramai apabila berbuka puasa.Rasa kuihnya yang sedikit kenyal dan lemak2 dengan salutan kelapa parut dicurah pula sirap gula melaka yang pekat sememangnya memikat selera ketika berbuka.Resepi kuih lopes ni saya buat semasa awal PKP lagi.
Saya adaptasi tadi cara arwah bonda kukus pulut iaitu teknik arun dengan air panas.Rasa kuih lopes sedikit kenyal dan masih sebiji sebiji membuatkan ianya bertambah sedap.Sebelum ni saya pernah menggunakan teknik kukus dalam loyang , cara kukus dalam loyang memang lebih mudah tapi hasilnya sedikit lembek dan agak benyai.Boleh tengok resepi kat SINI 
Untuk kaedah kukus dan arun ni saya sangat berpuas hati.Teknik ni sangat sesuai bagi mereka yang sukar mendapatkan daun pisang.Untuk pengetahuan semua, cara tradisional membuat kuih lopes ialah setelah beras pulut direndam kemudian ditoskan, pulut dibalut dengan daun pisang atau daun buluh.Cara balutan juga ada pelbagai, ada yang balut secara memanjang macam lemang, ada juga yang balut bentuk segitiga dan diikat kemas dengan tali rafia.Kaedah memasak kuih lopes juga pelbagai iaitu ada yang merebus selama 2-3jam dan ada juga menggunakan teknik mengukus.
Okey berbalik kepada teknik kukus dan arun yang saya buat ni, masa menyediakan kuih lopes juga adalah singkat.Ianya berjaya disiapkan dalam mas hanya 35min sahaja (tidak termasuk masa merendam beras pulut)Mudah kan.
Resepi kuh lopes ini saya sediakan video tutorial di youtube sana..sudah hampir sebulan di youtube..alhamdulillah video kuih lopes ini mendapat view yang agak tinggi.Okey jom kita semak resepi dan cara membuat kuih lopes yang sedap dan sangat mudah.

 Kuih Lopes kenalah makan dengan sirap gula melaka yang pekat melekat macam ni barulah padu.Kalau air gula melaka tu 'ceroi' atau cair memang kurang sedap sebab tak 'berpalut' orang Penang kata
Petang ni bolehlah cuba ya..senang sangat.Tak payah susah2 nak balut daun pisang.

RESEPI KUIH LOPES MUDAH DAN SEDAP
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (untuk rendam pulut)
2 cawan beras pulut
Air pandan (kisar 18 helai daun pandan dengan air)
Air secukupnya
1/2 cawan air kapur
Pewarna hijau

Bahan B (untuk kukus pulut)
Beras pulut (dari A)
Air panas secukupnya (anggaran 1 cawan)
Daun pandan
2 sudu besar minyak

Cara:
Satukan semua dan masak hingga agak likat kemudian tapiskan.

Bahan C (sirap gula melaka)
3 keping gula nisan/gula melaka/nisan kerek (180g)
1 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 cawan air

Bahan D
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
  • Cara:Satukan kelapa parut dan garam, kukus selama 5min atau masukkan dalam microwave supaya kelapa lambat masam/basi.


Cara-Cara
  1. Bahagian A.Beras pulut dicuci bersih dan rendam dalam dalam pandan, air kapur dan pewarna hijau, tambah air secukupnya hingga melebihi paras beras.Rendam selama 2jam.Kemudian toskan.
  2. Bahagian B.Panaskan air dalam pengukus, lina pg kukus guna rice cooker.Alaskan pengukus dengan pisang (jika ada)supaya beras pulut tak bolos/jatuh ke bawah.
  3. Masukkan beras pulut, buat lubang di bahagian tengah supaya wap dapat naik dan pulut masak sekata.Refer video tutorial.
  4. Kukus selama 8-10min sahaja.Kemudian buka pengukus dan siram pulut dengan air panas, sambil arun/kaub balik.Air panas saya guna anggaran 1/2 cawan.
  5. Kemudian sambung kukus 8min lagi.Arun kali kedua dengan 1/2 cawan air panas.Lina pg arun terus atas dapur jer, memang senang.
  6. Akhir sekali arun dengan minyak masak, ini tips supaya pulut lebih lembut dan cantik berkilat.Kemudian kukus selama 5min.
  7. Angkat dan bolehlah dibentuk
  8. Cara saya membentuk kuih lopes sangat simple saya gunakan cup dadih sahaja.Masukkan pulut anggaran 2sudu besar dan tekan dengan cup satu lagi.Buat kemasan dan salut dengan kelapa parut.

Saya permudahkan kat sini
1)Kukus pulut 8-10min.Arun dengan air panas 1/2 cawan.
2)Sambung kukus 8-10min lagi,arun kali kedua dengan 1/2 cawan air panas.Kukus 8-10min.
3)Akhir sekali arun dengan minyak, kukus 5min.
4)Total masa mengukus anggaran 30min sahaja.Senang kan.
Note:
Untuk arun tak perlu keluarkan pulut dari pengukus, terus tuang air panas dalam pengukus.Sambil kaub balik.Jadinya proses sambil on going jer.Mudah kan?
Tujuan air kapur, memberi tektur kuih yang kenyal dan agak pejal tidak mudah patah.Hasilnya pulut kekal sebiji sebiji cantik dan sangat lembut.
Tujuan meletakkan minyak, minyak menjadikan kuih lopes berkilat dan lembut.
Untuk lebih jelas, sila tonton video tutorial di youtube lina pg, klik butang PLAY paparan di bawah.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Banyak Lina kongsi pelbagai tips dan petua masak-masak. Semuanya memudahkan kerja2 di dapur! Tq.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa belajar tawarikh, nak ingatkan Lopez de Squeera kena ingat kuih lopes

    ReplyDelete