Resepi Kuih Nagasari Pisang Sukatan Cawan

By LiNa_Pg - Friday, September 06, 2024

 Assalamualaikum...

Kuih Nagasari ini sudah lama saya buat, sebenarnya resepi kuih nagasari bukanlah termasuk dalam list kuih kegemaran atau wishlist pun, ianya sekadar bidang terjun dan terbuat tanpa sengaja.Kisahnya semasa kami balik kampung ada pisang yang tak berapa nak tua tapi agak layak untuk ditebang kerana pokok seakan mahu tumbang.Adik saya cakap, tebang ajelah dan bawa balik ke Penang.Apa lagi en suami terus la tebang.Saya bawa pulang dalam 2 sikat sahaja.Dek kerana pisan tak berapa tua/matang lagi ia mengambil masa yang agak lama untuk masak.Masak 2-3 biji sahaja.Terpaksa tunggu 'kawan-kawan' dia dulu barulah boleh diapakan.Bila dapat 5 biji saya buat sira.Eh selepas tu boleh pulak masak banyak-banyak serentak.Nak buat apalah pulak dengan pisang ni.Saya terfikir buat ajelah kuih nagasari ni guna pisang sebagai inti, kalau lepat pisang dan biasa sangat saya buat dan lepat pisang lebih sedap kalau guna pisang ranum, pisang kebatu ni tektur pisang keras/pejal gitu.Minta en suami belikan daun pisang, dapat juga merasa kuih nagasari ni.Nak buat tak susah mana pun, cumanya bab nak membungkus sebiji-sebiji tu je la mengambil masa.Tapi bila makan sekejap jer habis

Guna pisang agak besar, jadi saiz kuih nagasari juga besar

Kuih Nagasari Pisang Mudah Dan Sedap
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan bahan
2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula (terpulang kemanisan)
2 cawan santan
2 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan.
4 biji pisang (lina pg guna pisang kebatu)
Daun pisang (yang telah dilayur atas api)

Cara-cara
  1. Satukan tepung beras, gula, santan, air dan garam.Kacau sebati hingga tiada yang berketul.
  2. Setelah semua sebati, masukkan daun pandan dan buka api kecil, teruskan kacau hingga adunan kental dan menjadi seakan bentuk 'doh'.Tutup api dan biarkan sebentar.
  3. Kita sediakan inti pisang.Kupas kulit dan potong pisang secara menyerong kepada beberapa bahagian.
  4. Cara membungkus kuih nagasari, sediakan daun pisang anggaran selebar tapak tangan.Letak adunan yang kita masak tadi.Kemudian letak potongan pisang.Letak sedikit lagi adunan ke atas pisang dan balut dengan kemas.Cara balut/bungkus macam bungkus lepat atau kuih tepung bungkus.
  5. Kukus selama 30min api sederhana.Setelah kuih masak, biarkan sejuk sedikit/suam bolehlah dihidang.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments