Resepi Agar Agar Sirap Merah Tips Agar-Agar Berkilat Dan Kurang Berair

By LiNa_Pg - Sunday, September 01, 2024

 Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di bulan September, begitu cepat masa berlalu.Doakan saya semoga terus rajin update blog TMK ini.Kelmarin cuti public holiday, bila tengok statistik blog wah meriah pulak tetamu TMK bila tengok angka ribuan tetamu TMK rasa seronok dan bersemangat untuk terus menulis dan update blog.Resepi saya masih banyak tertangguh dalam folder dan resepi hari ini iaitu agar-agar merah atau agar agar sirap rose ini sebenranya sudah lama dibuat.Mesti boleh teka kan hahaaa agar-agar merah ini untuk apa?Yaaa betul saya buat semasa bulan ramadan lagi.Begitulah bila jarang jarang menulis, saya terpaksa pilih resepi mana untuk masuk ke blog terlebih dahulu memandangkan resepi agar agar merah ini sudah ada versi yang terdahulu dalam blog TMK.

Jika hari ini tidak ke mana-mana bolehlah cuba buat agar-agar sirap ini, buat pagi-pagi sedang elok lah dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari nanti.Resepi agat agar yang simple macam ini mesti anak-anak suka sebab tektur yang light dan rasa yang tak lapuk dek zaman.Sekarang ni kan banyak betul kuih/dessert yang bercheese dan manis-manis sangat.Boleh dikatakan hampir semua bendalah nak di'cheese'kan nak di'kunafa'kan haha.

Resepi agar agar merah ini mesti ramai yang sudah tahu.Saya nak kongsikan tips agar agar sirap rose yang berkilat dan tidak/kurang berair.Selalunya kalau buat agat-agat bila kita potong dan hidangkan sekejap sahaja pinggan/piring tu jadi berair.Saya ada masukkan satu bahan rahsia yang tak berapa rahsia pun supaya tektur agar-agar berkilat dan cantik.Bahan rahsia itu ialah gula batu.

Buat agar-agar je pun, tetapi nak photoshoot bukan main lama.Jenuh juga nak cari angle sebab aga agar ini plain sahaja, susah nak bagi nampak cantik.Nasib baik tidak berair kalau tidak asyik nak meluncur ke sana ke sini
Kalau setakan 2-3 ketul memang tak rasa apalah.Boleh makan habis semua ni sorang-sorang

Resepi Agar-Agar Sirap Rose
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
3/4 cawan gula (boleh guna 1 cawan jika suka manis)
10g agar-agar serbuk
1 ketul gula batu
1 helai daun pandan
1 liter air
1 sb sirap rose (atau secukupnya)

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, masak hingga gula hancur dan mendidih.Tutup api.Keluarkan daun pandan.
  2. Tuang ke dalam loyang 7x7inci.Cedok keluar buih di permukaan (jika ada) supaya tektur agar-agar licin dan cantik.Biarkan agar-agar sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais supaya agar agar mengeras (3-4 jam)
  3. Potong agar-agar mengikut kreativiti masing-masing.Selamat Mencuba.Video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments