Takluk : Lahad Datu Review Jujur

By LiNa_Pg - Thursday, September 05, 2024

 Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas kebetulan en suami bercuti (replacement untuk public holiday) dan anak pulak ke sekolah.Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk menonton wayang Takluk Lahad Datu.Kalau kebiasaannya kami akan menonton sekeluarga tetapi disebabkan filem ini ada scene yang agak mengerikan jadi kami pergi berdua sahaja.Untuk filem Sheriff walaupun berada dalam katogeri 16+ kami tetap membawa dak Maisarah bersama.Cuma yang ini kami cuma berdua.

Takluk Lahad Datu adalah filem berdasarkan kisah benar yang terjadi di negara kita.Masih segar dalam ingatan Kejadian Krisi Pencerobohan Lahad datu yang berlaku pada tahun 2013.Mungkin kak Amie Little Kitchen lebih arif tentang issue ini saya cuma mengetahui melalui media massa sahaja.

Okey berbalik kepada movie Takluk Lahad Datu, ramai yang mempertikaikan kenapa tidak ada campur tangan pihak tentera kita ATM dalam movie ini hanya ada pihak polis iaitu PDRM (Komando 69) Ya kerana movie ini hanyalah di bahagian intro sahaja iaitu di awal pencerohonan sebab itu namanya TAKLUK bukan Ops Daulat.Pihak ATM ambil aleh untuk Ops Daulat.

Saya tertunggu satu scene pengg*l kepala (yang berlaku di ladang sawit) dalam movie ini tetapi scene itu tidak ada.Mungkin pengarah tidak mahu terlalu banyak scene sedemikan kerana scene tersebut sudah ada di kampung air.Kejadian itu sangat mengerikan, walaupun kami cuma menonton movie tetapi memang meremang dan rasa sedih, marah membuak-buak betapa ganasnya pengganas ini.

Apa yang best ialah filem ini tidak ada scene yang tidak perlu, tidak ada scene flash back atau apa-apa sahaja yang tidak perlu.Hanya sedikit selitan keluarga beberapa watak utama.Itupun sekejap sahaja.

Apabila saya tengok salah satu cast ialah Kamal Adhli ish biar betul, okey ke Kamal pegang watak aksi macam ni?Rupanya pemilihan watak semua tepat, cuma sepanjang saya tonton filem ini, saya perasan Zarul Husin (Zarul Umbrella) juga berlakon tetapi sepanjang tayangan filem ini satu patah perkataan pun tiada dari Zarul, kiranya memang tak ada dialog langsung.Oh rupanya dialog beliau tidak mendapat kelulusan terpaksa dipotong.

Haa mesti ramai yang dah tahu kan Shafiq Kyle memang mengungguli carta filem aksi tahun ini, semua dia sapu Polis Evo 3, Sheriff, dan sekarang Takluk pula.Memang best dan watak aksi sangat sesuai dengan Syafiq walaupun muka comel-comel je tak ganas tetapi sesuai untuk dia.Ada satu scene di mana Syafiq bagi speech/brief dalam di balai raya kampung memang meremang, kita yang dengar pun bersemangat.Padu betul scene tersebut.Menurut Syafiq yang di hadapan itu sahaja pelakon, selebihnya adalah betul-betul anggota/pegawai polis yang sebenar.

Tulis panjang-panjang ni ada ke yang baca sampai habis?Best ke tak?Bagi saya ini adalah filem aksi terbaik setakat ini.Saya memang penggemar filem patriotik dan genre aksi macam ni.Memang saya akan tengok wayang walaupun nanti akan keluar di Netlix.Polis Evo 1 2 3, Paskal, Air Force One, Malbart, Sheriff apa lagi..semua saya tonton di pawagam tetapi satu pun satu tidak review.Filem Takluk best among the best.Saya bagi 10*, jika ada kelapangan pergilah tonton semoga kita lebih menghargai barisan hadapan perwira negara kita yang berkorban demi mempertahan tanah air kita dari di takluk oleh pihak musuh.Al fatihah buat semua wira negara.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya belum tonton lagi.
    Saya teringat waktu itu sedang menunggu hari lahirnya Firdaus. Suami siap pesan, janganlah sakit bersalin waktu malam. Takut katanya hendak ke Hospital LD. Maklumlah bilik dewan bersalin bersebelahan dengan bilik mayat. Dengarnya beratus mayat pengganas ada di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, saya yang cuma mengetahui isu pencerobohan ini melalui internet pun memang takut, apa lagi kak Amie dan keluarga yang ada di tempat kejadian. Kalau ada masa bolehlah kak amie pergi tonton.

      Delete