Ayam Masak Kicap Berempah

By LiNa_Pg - Saturday, August 31, 2024

 Assalamualaikum...

Hai semua, selamat menyambut hari Merdeka buat semua.Pagi ini saya menulis dengan cuaca sejuk nyama kerana hujan lebat membasahi bumi.Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terlibat dalam perbarisan Hari Kebangsaan.

Bagi ibu-ibu yang tidak ke mana-mana, saya sediakan satu resepi masakan ayam yang mudah iaitu ayam masak kicap berempah.Kalau di rumah saya ini ayam masak apa sekalipun mesti laku keras.Biasanya saya buat ayam masak kicap yang light sahaja, kali ini tambah sedikit rempah jadi rasanya agak berat jugaklah.Sekali sekala tukat selera tambah itu ini.Saya ini jenis memasak tidak stick kepada satu resepi sahaja, mesti ada nak eksperimen, bila jumpa yang paling best, itulah yang akan ulang-ulang dan ulang


Resepi Ayam Masak Kicap Berempah
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan
10 ketul ayam (perasakan dengan garam kunyit)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1/2 cm halia (kisar)
1 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk cili
1 sk gula merah
3 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit kicap pekat (untuk cantikkan warna)
3 sb kicap lemak manis
Air asam jawa (lina pg guna asam jawa sebesar ibu jari dan bancuh dengan air)
Bawang holland
cili merah, cili hijau dan daun bawang (hiasan)
Air
Minyak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan toskan.Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air semasa menumis untuk elakkan tumisan hangus).
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat (jika ada), kicap lemak manis dan air asam jawa.Kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebentar.Kemudian bawang holland, cili merah,cili hijau dan daun bawang.Gaul sebati dan biarkan bawang holland layu.Siap tutup api.Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments