Kuih Tepung Kapur Mudah Dan Sedap | kuih tradisional kelantan dan terengganu

By LiNa_Pg - Tuesday, August 20, 2024

 Assalamualaikum...

Sekali pandang kuih tepung kapur ini seakan kuih kaswi tetapi bukan ya.Cara pembuatan dan tektur tidak sama.Kalau kuih kaswi tektur lembut bergedik manakala kuih tepung kapur pula lebih keras.Kuih tepung kapur secara tradisional dibungkus dengan daun pisang atau plastik makanan tahan panas dan diikat kemas kemudian rebus hingga masak.Setelah itu ianya harus dipotong nipis-nipis, kemudian gaul bersama kelapa parut.Ada juga sesetengah resepi yang menggunakan kaedah kukus, adunan dimasukkan ke dalam loyang kemudian kukus hingga masak (kaedah sama seperti kuih kaswi)Kaedah kukus hingga masak ini telah dimodenkan dan mengguna pakai kaedah kuih kaswi.Kuih tepung kapur merupakan kuih popular di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.Kalau negeri Pahang saya tak pasti sama ada kuih tepung kapur ini wujud atau tidak.

Asal usul nama tepung kapur ialah salah satu bahan wajib dalam resepi kuih tepung kapur ialah kapur makan atau kapur sirih.Penggunaan kapur sirih menjadikan tektur kuih tepung kapur lebih kenyal dan sedikit 'chew' apabila digigit.Kehadiran kapur sirih dalam kuih tepung kapur akan memanjangkan jangka hayat kuih ini.InsyaaAllah akan bertahan 2-3 hari dengan syarat jangan digaul dengan kelapa parut.Gaul dengan kelapa semasa menghidang sahaja.

kuih tepung kapur malina lina pg

kuih tepung kapur malina lina pg
Beginilah rupa kuih tepung kapur yang siap direbus.Tiga kaedah membungkus, guna daun pisang bentuk kon dan semat dengan lidi.Cara paling tradisonal.Kaedah kedua buat bentuk pocong cara bungkus kuih lopes dan cara paling popular iaitu guna plastik dan ikat dengan getah.


Kuih Tepung Kapur Mudah Dan Sedap
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 keping nisan kerek/gula nisan/gula melaka (120g)
2 cawan air
2 sb gula merah Thai
1 helai daun pandan
garam

Bahan B
2 cawan tepung gandum
Air gula nisan (bahan A)
1 sb air kapur makan (lina pg guna yang keruh)
Air (untuk merebus)

Bahan C
Kelapa parut
Daun pandan
garam

Bahan Lain
Daun pisang
Plastik
Pencungkil gigi/lidi

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A, masak hingga gula larut, tutup api.Tapiskan dan biarkan suam/sejuk sedikit.Ketepikan sebentar.
  2. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung gandum, kemudian masukkan air gula (dari bahan A) tuang air gula sambil kacau adunan.Kacau hingga adunan nampak licin dan tiadak ketulan.Kemudian masukkan air kapur (lina pg guna yang keruh sedikit).Kemudian adun sebati.Adunan kuih tepung kapur agak kental.Ketepikan dahulu sebentar.
  3. Kita sediakan daun pisang yang berukuran sejengkal atau selebar tapak tangan dengan jari terbuka (anggaran saiz boleh tengok di YouTube malina lina pg).Layur daun pisang atas api supaya lembut dan tidak mudah terkoya.kemudian bersihkan daun pisang.
  4. Untuk kaedah pertama.Agak complicated sedikit.Kita gulung daun pisang dan buat bentuk silinder dan ikat dengan getak di bahagian hujung, tuang adunan kuih tepung kapur dan ikat bahagian satu lagi dengan getah.
  5. Kaedah kedua lebih mudah, masukkan adunan ke dalam plastik gulai dan ikat dengan getah.Siap (paling mudah)
  6. Kaedah ketiga paling tradisional guna daun pisang juga.Kita buat bentuk kon dan masukkan adunan kuih tepung kapung.Buat lipatan di bahagian atas (macam bungkus kuih abuk-abuk sagu) dan semat/pinned dengan lidi.Refer video ya supaya lebih mudah faham.Bentuk kon ini ada potensi untuk bocor semasa proses rebus, jadi saya balut dengan aluminium foil supaya lebih selamat.
  7. Didihkan air dalam periuk dan masukkan kuih yang telah dibungkus tadi.Rebus selama 35-40min (hingga masak).Cucuk dengan lidi/pencungkil gigi untuk pastikan kuih masak.Jika lidi bersih maknanya kuih sudah masak.
  8. Keluarkan kuih dari periuk, toskan kuih dan biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum potong.
  9. Sementara itu kita siapkan kelapa parut, satukan semua bahan c masukkan ke dalam bekas tahan panas.Kukus selama 10min (tips supaya kelapa parut lambat masam) Setelah siap kukus keluarkan daun pandan.
  10. Setelah kuih sejuk, potong nipis-nipis menggunakan pisau plastik dan gaul dengan kelapa parut. Kuih tepung kapur sedia dihidang.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments