Ayam Masak Singgang

By LiNa_Pg - Thursday, August 15, 2024

 Assalamualaikum...

Kalau kat rumah ini memang menu ayam akan mendominasi carta la.Hampir setiap hari wajib ada menu ayam.Kalau buat lauk lain contohnya udang, lauk sotong ke mesti ada juga ayam goreng.Kira tak lengkaplah hidangan tanpa ayam.Kalau dulu masa anak-anak saya masih kecil apabila mama masak lauk lain (selain ayam) boleh pulak mereka bertanya oh hari ni takde lauk eh (lauk tu maksudnya ayam)Jadinya haiwan lain selain ayam tak dikira 'lauk' ya kawan-kawan haha.Tetapi itu dululah sekarang ni tak ada dah soalan sumbang macam tu tetapi tetap juga mencari ayam.

Okey hari ini menu ayam lagi tapi ada kelainan siket, kita buat ayam masak singgang atau singgang ayam.Kalau selalunya kita makan singgang daging, singgang sotong atau singgang ikan kan?Kita buat singgang ayam.Kalau tak silap saya singgang ini versi Thai.Lebih kurang macam masak pindang serani juga rupa parasnya.Alhamdulillah sedap hirup-hirup kuah.


Ayam Masak Singgang / Ayam Masak Pindang
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
7-8 ketul ayam (nak guna 10 ketul pun boleh)
5 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
3 hiris kunyit hidup
2 biji cili padi (belah sedikit bahagian hujung)
2 batang serai (diketuk/titik)
1 asam keping
serbuk kunyit (jika perlu)
Garam dan serbuk perasa
minyak
Air

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai yang telah diketuk.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas,kunyit dan cili padi.Tumis hingga layu dan terbit bau sahaja(tak perlu garing)
  2. Kemudian masukkan ayam, gaul ayam dengan bahan tumisan, tutup periuk untuk kecutkan ayam.
  3. Setelah ayam kecut, kalau nampak kurang kunyit, boleh masukkan serbuk kunyit.Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan air untuk kuah dan masukkan asam keping.Tutup periuk dan biarkan mendidih.Dah siap ayam singgang ala Thai.Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments