Assalamualaikum...
Pagi Jumaat yang penuh berkah dilimpahi hujan rahmat, terasa sejuk dan nyaman.Cuaca sejuk-sejuk macam ini memang sesuai sangat kalau makan cucur panas-panas.Kalau kat rumah saya ini kentang memang sentiasa ada stok, sebab selalu guna dan masukkan ke dalam masakan, tak kiralah kari/gulai, sup atau masakan kurma.Pendek kata kentang dan bawang memang kawan baik.Apabila saya dan suami ke pasar raya bila tengok kentang cantik-cantik dan harga pun murah sangat untuk 2kilo, apa lagi terus angkut la rasanya harga dalam RM4+ ajer.Kira murah sangat la.Kentang ini kalau tak diapa-apakan memang jadi 'petani' la 🤭 bukan main rancak dia tumbuh.Jadi sebelum kita menjadi petani yang berjaya di dapur baik buat cucur sedap juga makan anak beranak.
Untuk cucur kentang rangup ini, boleh guna apa sahaja bahan protin kalau nak guna udang, ikan bilis, crab stick semua boleh.Saya masukkan sosej je sebab itu yang ada kat rumah.Cicah dengan sos cili dan mayonis memang sekejap sahaja dah licin semua.
- Satukan kentang, sosej, hirisan daun bawang, tepung gandum, tepung beras dan serbuk pati ayam.Gaul sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur gaul sekejap (tak sebati pun tak apa), kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.Adunan jangan terlalu cair nanti kentang dan bahan lain akan terlerai.
- Panaskan minyak, kemudian skop adunan tadi menggunakan sudu dan masukkan ke dalam minyak yang panas.Cucur kentang kena buat nipis-nipis sahaja jangan goreng macam cekodok pisang (bulat-bulat) nanti cucur tak rangup.
- Goreng hingga kuning keemasan kemudian angkat dan toskan.Cucur kentang rangup sedia dinikmati.Selamat Mencuba!
0 comments