Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan resepi baru, untuk hari ini saya nak kongsikan idea lauk tengah hari iaitu ayam goreng cili padi atau ayam berlada.Kalau ada anak-anak kecil yang tak makan pedas boleh gantikan dengan cili merah besar dan kisar kasar-kasar sahaja.Resepi ini sebenarnya sudah agak lama saya post ke YouTube jadinya nak mengarang cerita pun terasa sudah 'basi'
Tak apalah kita terus sahaja ke resepi ayam goreng cili padi, semoga dapat memberi idea atau inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana mencari menu masakan untuk keluarga.
Tuuuu dia lada bersepah-sepah gitu.Gaul-gaul dengan nasi panas sedap juga.Lada/cili tu saya buang biji tapi tak semua la..kalau buang semua biji macam tak cantik pulak hasil masakan.
Ayam Masak Berlada / Ayam Goreng Cili Padi
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
10 ketul ayam (garam dan kunyit)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
3 biji cili merah (buang biji)
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos ikan
2 sk gula merah
air
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya goreng bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi hingga layu.Angkat dan biarkan sejuk sedikit/suam.Kemudian masukkan ke dalam pengisar/chopper dan kisar kasar sahaja.
- Keluarkan minyak lebihan menggoreng tadi, tinggal sekadar untuk menumis.Masukkan bahan kisar dan tumis sekejap sahaja sebab bawang dan semua bahan kisar dah masak (sudah digoreng)
- Kemudian masukkan gula merah untuk seimbangkan rasa pedas, sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos ikan.Kemudian tumis sekejap.
- Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau dan biarkan sebentar hingga nampak bersalut dengan ayam.Tutup api.Siap!
2 comments
lepas ni boleh cuba cara kak lina pulak...selalu ammi tak goreng dulu pun bawang cili bagai tu. terus chop je
ReplyDeleteKak lina cuba-cuba buat style ayam penyet ammi...lagi sedap lagipun cabai/cili tu memang confirm masak dah.
Delete