Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di petang Jumaat.Posting pertama di bulan Ogos.Hari ini kita mulakan dengan resepi simple dan mudah sahaja iaitu telur bistik.Telur bistik ini selalunya dibungkus atau nama lain telur bungkus ada isi ayam atau daging di bahagian dalam, tetapi kita buat versi mudah sahaja iaitu tuang inti ke atas telur dadar.Ada juga telurnya tetapi tidak dibungkus, senang keje.
Resepi telur bistik ala thai simple dan sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
https://youtu.be/IFzt-VEPXnE
Bahan A (telur dadar)
2 biji telur
sedikit serbuk pati ayam (atau garam)
minyak
Bahan b
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sb cili kisar
1 ketul dada ayam (dadu)
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sk sos tomato
sedikit air
sayuran pilihan (lina pg guna bunga kobis dan karot)
cili padi dan daun ketumbar (untuk hiasan)
Cara-Cara
- Satukan telur dengan sedikit serbuk pati ayam (atau garam), pukul sedikit.Panaskan sedikit minyak dan goreng telur tadi jadikan telur dadar.Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau, kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan dada ayam yang telah didadu dan tumis sebentar.Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.Kacau sebentar.Kemudian masukkan sedikit air, sayuran pilihan.Masak sebentar hingga sayuran lembut.
- Masukkan cili padi dan hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Gaul sebentar.Tutup api.Tuang ke atas telur dadar yang telah digoreng tadi.Selamat Mencuba
2 comments
Patutlah tak nampak telurnya. Rupanya ditindih dengan sayur-mayur. Cantik warnanya.
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDelete