Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Jumaat, apa khabar semua?Pagi ini cuaca cerah di tempat saya, Alhamdulillah semoga pakaian di jemuran akan cepat kering.Bagaimana dengan ibu-ibu, mama, umi di luar sana dah ada idea untuk lauk tengah hari nanti?Kalau belum ada, apa kata cuba udang goreng halia ini memang sangat sedap.Selera saya sekarang ni lebih suka lauk-lauk kering macam ini.Tetapi sekali sekala tetap buat juga lauk pauk berkuah atau berempah.Kalau di rumah tak ada udang boleh gantikan dengan ayam.Cara memasak adalah sama sahaja.Say pernah buat kedua-dua versi iaitu ayam goreng halia dan udang goreng halia.Ayam goreng halia , saya tak pasti sama ada sudah dimasukkan ke dalam blog TMK ini atau belum lagi, yang pasti resepinya ada di YouTube.Udang goreng halia ini sangat sesuai bagi mak-mak yang nak cepat, kerana cara memasaknya sangat mudah, tak perlu beriya menumis dan kisar banyak bahan.Cuma yang mengambil masa untuk menghiris/mayang halia.Saya suka kalau halia dimasukkan dengan kuantiti yang banyak, sedap terasa segar badan dapat buang angin dari badan.Ada juga di kalangan follower saya yang menggunakan resepi ini untuk anak beliau yang berpantang, beliau menggunakan ayam.
- Perasakan udang dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga masaka.Jangan goreng terlalu lama, nanti udang akan keras.Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak lebihan menggoreng, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.
- Tumis halia yang telah dimayang hingga garing, kemudian masukkan bahan tumbuk iaitu bawang merah dan bawang putih.Tumis hingga garing.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air, kacau sekejap dan biarkan sos mendidih.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi, hirisan bawang holland, cili merah dan cili hijau (jika ada daun bawang boleh masukkan bersama).Kemudian gaul sebati dan biarkan bawang besar lembut sedikit.Tutup api.Udang Goreng Halia sedia dihidang.Selamat mencuba!
- Video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah
2 comments
nampak sedap...linda pun suka simple2 mcm nie..yang tak berkuah sangat...tapi, tulah, suami dn anak-anak jenis makan berkuah...
ReplyDeletetu la kan..selera mak dengan anak-anak tak sama.Kes macam ni kena ada lauk sampingan yang lain.
Delete