Resepi Kuih Seri Muka Tanpa Telur Lembut Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, August 22, 2024

 Assalamualaikum...

Kuih seri muka memang kegemaran ramai ada yang suka telur dan ada juga yang alergi dengan telur.Kalau di Youtube banyak permintaan supaya saya buatkan resepi kuih seri muka tanpa telur.Kebanyakan dari mereka yang vegetarian dan juga golongan yang alah kepada telur.Bagi saya sendiri pula memang suka yang ada telur sebab lebih berlemak dan tektur bahagian atas (hijau) akan lebih lembut dan nampak gebu.Saya cuba-cuba buat eksperimen untuk hasilkan kuih seri muka yang tidak menggunakan telur tetapi hasilnya tetap sedap.Apabila suami saya menjamah hidangan kuih seri muka ini, katanya sedap sama macam biasa je.Tak perasan pun tak ada telur.Alhamdulillah kira berjayalah buat kuih seri muka yang tidak menggunakan telur.Lebih menjimatkan kos bagi mereka yang mahu berniaga.Harga telur sekarang pun bukan main mahal kan?

kuih seri muka pandan ini saya buat cincai sahaja.Cara yang lebih simple

Kuih Seri Muka Pandan Tanpa Telur
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (bahagian bawah)
1 cawan beras pulut (bahasa Indonesia beras ketan)
1 cawan santan (lina pg guna santan pekat)
Garam dan gula
Daun pandan

Bahan B (Atas)
1/2 cawan tepung gandum (bahasa Indonesia tepung terigu)
1 sb tepung ubi kayu (bahasa Indonesia tepung tapioka)
1/2 cawan air pandan (jus pandan) kisar menggunakan 3 helai daun pandan
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
Garam

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut hingga air jernih dan rendam selama 2 jam.Kemudian toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam mangkuk, masukkan santan, garam dan gula.Gaul rata.Tips sukatan santan mestilah lebih sedikit dari paras pulut.Kalau nampak kurang boleh tambah air anggaran 1-2 sudu besar.
  3. Masukkan ke dalam loyang ukuran 7x7in alas dengan plastik/daun pisang.Ratakan pulut dan letak daun pandan untuk naikkan aroma pulut.Kukus selama 30min (hingga masak)
  4. Sementara menunggu pulut masak, kita sediakan bahagian atas.Satukan tepung gandum dan tepung ubi kemudian ayak ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan gula, air pandan, garam.Kacau sebati hingga gula dan tepung sebati.Jika warna agak pucat, boleh letakkan sedikit pewarna hijau.Jika adunan nampak berketul, tapiskan adunan supaya adunan lebih licin.Ketepikan sebentar.Bahagian atas saya tidak panaskan atas api ya.Kalau rajin boleh juga panaskan sebentar hingga naik wap.
  6. Setelah pulut masak, keluarkan daun pandan.Gembur pulut dan tekan supaya pulut mampat/padat.Cakar sedikit bahagian atas pulut supaya lapisan hijau dapat melekat.
  7. Tuang lapisan hijau, kemudian tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 35min (hingga masak)
  8. Sejukkan kuih selama 3-4jam sebelum dipotong.Potong mengikut kreativit dan kuih seri muka sedia dinikmati.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments