Resepi Ayam Maharani

By LiNa_Pg - Friday, September 13, 2013

Assalamualaikum..
Bersiaran di hari Jumaat...ish..cepatnya dah Jumaat pun huhu..Hari ni saya nk kongsikan satu resepi ayam yg sedap pada tekak saya.Ekceli dah lama teringin nk buat tp selalu resepi lain yg potong Q.Rasanya nama pun dah kena tuko kepada AYAM MAHARANI MURKA agaknya sebab banyak sangat menderhaka (tanpa nita huhu) Saya taram ajer ikut stok yg ada dalam esbok...Rupa Ayam Maharani ni pun dah 'ke laut' sebabnya main letak jer santan tu sekotak..sepatutnya 1/4cawan jer.Sy ni pesen malas nk simpan belen santan kalau dah buka.Walaupun fizikal dan lain sket tp rasanya memang sedap (By right sangat sedap) my lalink siap cicah ngan roti lak belen kuah tu sebab nasi dah abes..Kena sangat la tu ngan selera dia...
Ok kalau ada yg berminta jom kite semak resepi

Gambar kucar kacir sebab nk cepat..snap ngan enpon..kelam kabut nk amek anak balik skool..

RESEPI AYAM MAHARANI
Resepi asal : Chef Asmah Laily
CnP : Arbiwati
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering 
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar (LiNa Pg gn 2 labu)
10 biji lada hijau (LiNa Pg guna 3 biji)
5 biji lada merah (LiNa Pg gn 3 biji)
1 biji tomato ( LiNa Pg dadukan saja)
1 sudu makan tomato puree (LiNa Pg gantikan ngan sos tomato)
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih (LiNa Pg gn 3 ulas bawang putih-blend)
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt (LiNa Pg xletak xdak stok)
1/4 cawan santan (LiNa Pg guna sekotak 200ml)
1 cawan air
10 biji gajus (LiNa Pg gantikan ngan serbuk badam)

Bahan2 C:
2 helai daun bay (LiNa Pg gantikan ngan daun pandan)
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga (LiNa Pg gn 1biji jer)
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng (LiNa Pg xletak)

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. salam kak..

    wow..dari nama ja sudah terasa ayam ni memang sedap..sudah ready ni bawa piring kosong..ada lagi kak?hehe..

    ReplyDelete
  2. @Bbwana adienia
    wslm wana,
    ini semalam punya meni hehehe..sudah pinish ler..rcp dah ada tu nanti bleh try..memang sedap tau wana

    ReplyDelete
  3. hai Lina wah merah nampaknya terliur sangat bak semangkok heeebelum makan lagi ni

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap ni lina..tengok gambar pun dah menarik

    ReplyDelete
  5. lina...sungguh mengoda tgk pic ayam maharani ni..mmg sesuai sgt la dgn namanya

    ReplyDelete