Assalamualaikum...
Bersua kembali, sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober 2025, begiru cepat masa berlalu.Bagaimana cuaca di tempat kalian, kalau di tempat saya pagi ini hujan renyai dan mendung je.Kebiasaannya tengah hari akan panas dan petang akan hujan semula.
Okey untuk hari ini saya nak kongsikan satu resepi mudah sahaja iaitu cucur udang tanpa glutin, sesuai sangat mereka yang alergi dengan tepung gandum.Kita akan gantikan gandum dengan nasi dan cucur ini juga tidak menggunakan serbuk penaik kerana nasi itu sendiri akan melembutkan cucur.Haa mudah kan kalau ada nasi lebih boleh buat cucur yang simple.
Cicah dengan sos cili dan mayonis pun dah sedap
Bahan-bahan
2 cawan nasi
air (untuk kisar nasi)
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan tepung beras
1 sb cuka makan
Minyak
Cara-Cara
- Kisar nasi dengan sedikit air.Sukatan air sekadar mesin pengisar berfungsi sahaja.Jangan terlalu banyak nanti adunan akan cair.
- Masukkan nasi yang telah dikisar ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan karot, daun bawang, cili merah, udang, serbuk kunyit, serbuk pati ayam dan gaul rata.
- Setelah sebati masukkan tepung beras dan gaul rata.Akhir sekali masukkan cuka.Cuka akan bertindak sebagai agen perangup cucur udang ini, gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng cucur hingga masak.Angkat dan toskan. Cucur udang sedap dimakan dengan sos cili dan mayonis.Boleh juga kalau nak makan begitu saja.Selamat mencuba
2 comments
Sedapnyaaaa....SA selalu buat tapi nak buat macam ni la nanti....
ReplyDeleteCucur nasi letak udang dan sayur2 memang sedap
ReplyDelete