Petua/Cara Mematikan Ketam Nipah

By LiNa_Pg - Wednesday, January 23, 2013

Assalamualaikum...
Ketam lagi?Kali ni bukan masak2 tapi nak kongsikan petua untuk mematikan ketam yang masih segar bugar.Sebelum tu mesti ada yang bertanya boleh ke makan ketam nipah ni.Bukan hidup dua alam ke sebab tak mati2 pun kat atas daratan...Sebenarnya ketam nipah bukan dari spesis dua alam.Ia cuma boleh tahan di daratan untuk 2-3 hari sahaja.Iaitu selagi insangnya menyimpan air laut.Bila air dalam insangnya kering ia akan mati.Bukan seperti haiwan dua alam yang lain macam katak bagai tu yg boleh hidup selama2nya atas daratan.Itupun kalau tak kena lanyak ngan lori kih2.
Saya CnP tentang hukum makan ketam nipah kat sini.Sumber asal bleh klik kat SINI
Ni pulak pendapat Ustaz Azhar Idrus.Tengok SINI

Ketam Nipah Di Malaysia

Soalan

SAlam...Saya ada mendengar seorang ustaz nie dia menyatakan bahawa ketam nipah di Malaysia tidak boleh dimakan kerana ketam tersebut kuat dikedua2 alam...Dan ketam nipah di India dan Pakistan boleh di makan kerana kuat di laut sahaja....Mohon penjelasan

Jawapan

Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.


Bagi sifu masak2 suma yang dah taw petua ni sila abaikan n3 ni.Saya kongsikan dengan yang tak taw ajer sebab saya sendiri pun baru taw kih2
Ekceli petua ni hasil gugel di alam maya.Ada gak petua yang menyiram ngan air panas...haish..kang masak lak ketam tu huhu.
Okey sumber asal saya tengok kat SINI.Terima kasih banyak2..izinkan saya share ngan kwn2 yang lain pulak
terbalikkan ketam, kat bahagian bawah perut tu ada cam bentuk triangle..cucuk ngan menda tajam cam lidi satay, jarum atau apa2 la.Jangan besar sangat kang rosaklak isi ketam tuh.Cucuk kat area tu seperti dalam gambar.InsyaAllah ketam akan mati dengan perlahan2.Maybe dalam 10sec.

haha..inilah tangkapan segar dari Kuala Gula...amek kau 18-19ekoq.Jenuh nak

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. akak belum pernah masak lagi ketam nipah ni.. jarang jumpa kat pasar sini... tp memang tau ketam nipah ni memang boleh dimakan.. t.kasih kongsi tips yg berguna tu ye.. selama ni memang tak pernah tau pun.. teringat cerita tahun 80an yang ibrahim pendek berlakon ada scene ketam nipahnya merayap2 satu dapur sebelum sempat di masak.. hehehee....

    ReplyDelete
  2. Selama ni memang lebih takut ketam nipah hidup berbanding ketam biasa.. oo gitu cara nak matikan ye Lina. terima kasih sudi kongsi info...

    ReplyDelete
  3. assalam, agak2nya tu tang jantung dia kut hehe, akk pun x tau petua ni, mekasih berkongsi petua

    ReplyDelete
  4. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    Kat Penang pun rasanya ketam nipah tak jual kat pasar, tapi ada nmpk kat tepi jalan...harganya tok sah cerita memang mahal...
    Haha..citer Ibrahim Pendek ngan Dharma tu kot..ingat2 lupa citer tu

    ReplyDelete
  5. @Amie
    kalau yang beli kat pasar,memang dah jadi mati jd ais dah hihi..Ketam Nipah ni selalu jual yg masih hidup...sedp isi manis..fresh gitew

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza

    wslm...agaknya lah...sebab tu cepat mati

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan dan masak pun hahhaa jakunis kan sbb my haji ni cerewet semua tak boleh jd tahan je hati walaupun sesekali teingin nk makan, thanks Lina nnt boleh guna petua Lina bila dah ad aketam nnt

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Lina
    tq kongsi tip dan info ttg ketam nipah ni. pernah juga masak ketam nipah dan ada org tanya ttg ketam ni samada 2 alam ke tidak.mmg bukan 2 alam..itu yg sypun masak.

    ReplyDelete
  9. @Nooriah Abdullah
    spesis ketam ni memang rare kak Noor..jarang nk jmpa heheh
    Kalau allergic,baik jgn makan

    ReplyDelete
  10. @Mamasya
    wslm..memang ada kemusykilan...tp saya confiden boleh makan..Tu yg beli dan masak gak tuh..yang penting kena yakin

    ReplyDelete
  11. slm kak Lina..

    blum penah lg try masak ketam nipah ni..penah jumpa..tq bkongsi info cra matikan ketam tu..mesti fresh isinya tu bile dbeli hidup2 gitukan..

    ReplyDelete
  12. Salam kak lina.. tun kan.. xtau beza pun ketam nipah ngan ketam2 lain. kui kui..

    ReplyDelete
  13. salam lina..memang tak berani nak masak ketam nih sebb bila beli pun dia dok menguit2 lagik...ohh gitu ka nak matikan dia..akak kira selam jek dlm air panas...kejam lak rasenya!

    ReplyDelete
  14. Tq lina sudi kongsi info..jrg beli sbb susah nk dpt kan..tp tgk bsor2 camtu mmg sedapp..

    ReplyDelete
  15. Tq petua kak. Ika tgh mmikir nk matikan ketam nipah ni. Sbb mak ada bli. Dia merayap sampai atas tilam ika. Hahaha

    ReplyDelete
  16. hahhaha.xda yg gtw cra mmbunuh ktam nipah to. belajar sendri. saya memang gemar makan ketam nipah sebab segar ,enak dan tebal isi ia

    ReplyDelete
  17. terbaik petua ni. terima kasih banyak2.dulu pernah rendam dalam air mendidih. habis tercabut kaki sepit huhuhu

    ReplyDelete
  18. Ada lagi 1,boh ketam hidop tu dlm peti ais tmpat beku..nt dia pitam..that time cpat2 la bsiang....😊

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Sy ada lot menjual ketam nipah segar d pasar borong selayang. Dibuka sabtu dan ahad dr jam 7 pagi hingga 12 tgh ari. Bole hubungi @ wassap utk booking. Delivery jg disediakan. 018 296 3889 / 011 3987 3889

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..terima ksh ats petua...isi ketam nipah ni mmg mnis sbb kita beli msa hidup2 lg..isi padat..sblm ni sya matikn guna ais..tq ye ats petua ni..nti blh cuba..

    ReplyDelete
  21. Di Sabah ketam nipah byk, di jual dgn harga Rm15.1kilo.utk size kecil.yg size besar Rm18.banyak di jual sbb ketam nipah ni ramai orang suka makan.lebih sedap dari ketam laut.

    ReplyDelete