Lasagna Roti@Roti Lapis Daging

By LiNa_Pg - Thursday, January 10, 2013

Assalamualaikum...
Lasagna roti?hurmmm..bunyi cam pelik jer kan?Sebenarnya nama asal roti lapis daging..tapi bila makan cam kombinasi lasagna dan juga murtabak..Kira fusion gitew....sedap dan mengenyangkan.Kalau korang ada roti yang nak expired tu, rasa2 malas nak wat puding atau apa2 dessert blehla try resepi..

Complete...karbo dari roti n kentang, protin dari daging n telur...plus lemak dari cis (cis bedebah tul ada lemak gak kah2)
LASAGNA ROTI@ROTI LAPIS DAGING
sumber : lina pg

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu kecil (lina pg rebus kentang hgg empuk bersama 1/2 sk garam)
  • 500gm daging cincang (lina pg gn 4 keping daging burger)
  • 1 biji bawang besar (lina pg cincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (lina pg cincang halus)
  • 1 biji tomato (lina pg tambah rcp asal xde) dadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk kari (jadikan pes)
  • 1 sudu besar cili giling (lina pg tambah rcp asal xde)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti (lina pg gn 12 keping roti)
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor (lina pg gn 4 biji telur gred B)
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)(lina pg gn cheese mozarella)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging.Biarkan hingga daging empuk.Masukkan kentang.Kacau sebati.Sesuaikan rasa
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (lina pg just celup jer tak ramas pun)
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat (lina pg bako suhu 160 selama 20min..tu pun rentung gak hihi)
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis

Aku snap siap2 sebelum kebakaran..bukan apa kot2 ada mistake pas kuar oven nnt..kang naya..
 kebakaran...nampak cam okey jerrr..Tapi....
pas kuar oben...huwaaaaa...rentung sket kat tepi....tapi aku cover lain cakap kat anak2..memang camni sebab tepi roti kan keras sket

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. okk jugakkan kalau buat mcm ni.. boleh cuba...

    ReplyDelete
  2. Yang hangus sikit-sikit tu yang sodap.. nak sikit! Che Mid tengah ada masalah dengan oven, sbb tanda suhu dah hilang, kena agak-agak je...jadi penyakit malas menguasai diri..

    ReplyDelete
  3. @che mid

    Hangus sket2 seb baik tak rentung terus hihi..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the idea .. nampak sangat sedap ..

    ReplyDelete
  5. @Chik Mimi
    Budak2 suka la kalau wat camni..mama depa makan sepotong jerr..

    ReplyDelete
  6. @ME
    Sedap...boleh la cuba kalau berminat

    ReplyDelete
  7. Assalam, kalo akk suka tang hangus tu lagi cedap di makan, habis semua tepi2 pun tak apa, ada lagi ke, sedap nampak tu

    ReplyDelete
  8. wow... bestnye lagsana bley buat camni.. good idea.. thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  9. Kes singgah sini, rosak diet saya hari ni..Adoiyaaa...!

    ReplyDelete
  10. Klu boring2 mkn nasi leh cuba nie..nampk sedap nie lina..

    ReplyDelete
  11. salam kenal.. besnyer lagsana roti ni...

    ReplyDelete
  12. Cam menarik jer..leh try ni.tq for the recipe

    ReplyDelete
  13. Cam menarik jer..leh try ni.tq for the recipe

    ReplyDelete