Nasi Mentega Kismis

By LiNa_Pg - Friday, December 31, 2010

salam suma,
Siaran di hari Jumaat, penghulu segala hari dan merupakan Jumaat terakhir di tahun 2010 ni.Esok kita akan menyambut tahun baru 2011. Memandangkan ari ni cuti umum, rajin la sket nak main masak2 hehehe...Nasi mentega ni dah lama dok usyar kat dapoq DJ tuh, tapi tak sempat nak godek2 padahal resepi senang jer..atau bahasa yang lebih tepat lagi...malas sebenornya..Nasi ni memang sedap, lembut jerr.. anak2 pun suka. Saya guna beras Taj Mahal jadi sukatan air 1:2
Nasi Mentega Kismis
Sumber : Majalah Rasa, Disember, 2010
Sumber II : dayangjack
bahan-bahan :
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 1/2 buku mentega
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 5 gm kayu manis
  • 5 gm bunga cengkih
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 3 kiub pati ikan bilis ( sy gn kiub ayam)
  • 100 gm kismis kuning
  • 250 ml susu masam dan air secukupnya (sy gn susu cair )
  • 10 gm bawang goreng (xboh xde stok)
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit daun sup, daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub pati ikan bilis, air dan susu masam serta serbuk perasa.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering barulah renjiskan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan daun sup, daun pudina serta daun ketumbar.
  5. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.

  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. knock2!...assalamualaikum...nak tumpang makan, boleh?? dah lapo ni...jus epal skali yer...hehe

    psst! cantik je kaler die..ade gajus lg..tergoda sih!

    ReplyDelete
  2. Salam ..elok2 je akk masak kari ayam dalca hari ni..dpt pulak nasi mentega sebesen heheh..sedap nyam2. jom p bbq kat cheras mlm ni

    ReplyDelete
  3. DJ > meh la mkn sama, jus epal tadak...jus delima bleh?

    ReplyDelete
  4. kak rosa> ha..mmg kena la tu, ns mentega ngan dalca ayam..sedap tuu

    ReplyDelete
  5. Salam kak,
    saya dtng antar kuih talam tokyo ni nk tukar pinggan ngan nasi ni ler...hari ni malas nk msk nasi la...hehe

    ReplyDelete
  6. nieza> bleh jerr..masih ada lgi ni..simpn utk dinner plak

    ReplyDelete
  7. Sedapnyeeeee! Love dah lapar tengok nasi ni kak...kuahnye mana? hehehe ;)

    ReplyDelete
  8. Salam lina,
    Tunjuk nasik saja ke? Mana dia lauknya? Takakn nk mkn nasik kosong je.. Perut tgh lapar ni..he3..

    ReplyDelete
  9. Lupa pulak nk ucap slmt thn baru td..hehe..
    Selamat menyambut thn br 2011 buat lina sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Love> hehehe ada lauk ayam msk apa ntah, snap pic tp tak brp senonoh utk tontonan umum kih3..sila la love masih ada lg ni..wat utk dinner sekali

    ReplyDelete
  11. adry> kih3..lauk ada simpan wa pekasam..gambo tak lawo nk tayang.BTW selamat tahun br gak utk adry sekeluarga

    ReplyDelete
  12. sdap nye..dah la tgh lapar ni..hohoho

    ReplyDelete