Salam ceria di pagi Ahad. Selamat berhujung minggu suma, ari ni mesti ramai yang mengambil kesempatan membawa family kuar berjalan2 kan? dah makan ke suma? Hari ni kami bekfast ngan nasi dagang a.k.a nasi dage (org klate panggil ). Menu ni bukan setakat bf tapi akan membawa ke lunch hingga dinner. Dah penat2 masak makan je la nasi ni senang kije. Tak kose nak masak byk2 kali..Kali ni wat terajin sket ngukus nasi ni. Hari tu buat main taram guna rice cooker jer..Nasi dage ni saya guna methode nasi lemak kukus..sangat berpuas hati dgn hasilnya. Nasi jadi cantik berderai dan sedap. Saya tepek resepi kat sini, kalau ada yang berminat bolehlah mencuba:
Nasi dage ngan gulai udang + telur..sedap neh..acar n sambal kelapa xwat..malas hik3
Bahan-Bahan:
5 cawan beras (sy gn 3cwn brs lembut,1cwn brs pulut,1cwn brs siam)
Santan pekat (sy gn 300ml)
1 sk halba (direndam supaya kembang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang merah (dimayang)
1cm halia (dimayang)
Garam&gula
Cara-Cara:
- Cuci bersih beras dan rendam semamalan. Kemudian toskan beras
- Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering )
- Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).
- Beras akan mengembang dan memanjang
- Kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula Masukkan halba, halia, bawang merah, bawang putih yg telah dimayang. Gaul sebati
- Biar seketika ( dlm 10 minit gitu ) supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
- Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min)
- SeLaMaT MeNcUbA
10 comments
Salam nasi dage 2 pinggan..mana ikan aya.. nyam3x sedapnya lama tak makn nasi dage..beras lembut tak beli lak hari tu..tak leh jadi ni nak kena buat juga
ReplyDeleterajinnya masak... nak cuba gak lah..
ReplyDeletekak rosa> salam..beras lembut belen wat ns dage aritu..capur ngan beras bonda bagi tuh sedap...ikan aya xwat si nisa tuh suka udang lagi
ReplyDeletesuhana> masak utk mkn kami anak beranak jer..
ReplyDeleteakakkk.. nk nasi dagang..waahh lama tak mkn nasi dagang nii...klu gulai inkan tonggol lgi rasa ori kan kak.mak saya suke buat sambl sardin mkn ngan nasi ni
ReplyDeleteish.. akak nih wat ns dgg pulak.. mencabar iman kite tul.. best nye.. nasi kebanggaan negeri kami tuh..
ReplyDeleteyg jual ngan gulai udang payah nk jumpa ni. Dpt tengok jer ... he33
ReplyDeleteizah> salam izah gulai udang atas permintaan si kakak tuh..dia mmg suke sgt mkn udang..
ReplyDeletemrs.gee> meh la ada lg sket ni
wachak> hehehe ni spesel sket sbb tadak org jual..kalau ikan tongkol selalu ada kan?
tgk nasi dagang siap dgn udang pepagi buta ni rasa lapar plak....
ReplyDeleteBlog Aku Sepantas Roket?? | Asyraf
asyraf> hehehe..kalau time lapa suma nmpk sedap kan?
ReplyDelete